KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 31 Mei 2012

Keita Mandjou Sertai Kelantan
keitamanjou

Welcome to Kelantan - Keita Mandjou
Tan Sri Annuar Musa telah mengesahkan kehadiran pemain berpengalaman ini ke bumi Kelantan pada minggu depan dan mungkin akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang ATM pada 8 jun nanti.

Penyerang yang pernah menjulang nama bersama pasukan Perak ini pernah menjadi penjaring gol terbanyak pada tahun 2006. Keita menggantikan tempat Nwoha yang tamat kontrak bersama Kelantan. Pemain akan diuji dalam saingan baki suku akhir Piala AFC samada pemain ini akan bertukar tempat dengan Muhd Ghaddar untuk saingan liga tempatan bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan nanti.
Ketajaman Keita mengintai jaringan gol diharap mampu menambah kehebatan pasukan Kelantan mencipta kejayaan. GOMO KEITA GOMO.....

Persetujuan telah dicapai dan CONFIRMED.....KEITA MANDJOU TELAH BERSETUJU MENYERTAI SKUAD AFC KELANTAN MULAI JUNE INI DAN DIJANGKA TIBA MINGGU DEPAN DI KOTA BHARU..dan akan beraksi menentang ATM 8hb nanti di SSMKIV...WELLCOME KEITA MANDJOU!!!!!
Maghi Pakat Ubah Cara Sokongan Yang Merugikan!
penyokongtrw1



Menjelang bermulanya detik suku akhir Piala AFC 2012 dan EURO 2012, seluruh peminat bolasepak Kelantan sedang tertumpu ke arah sepak mulanya perlawanan ini. Namun seluruh penyokong Kelantan diingatkan jangan hanya menyaksikan aksi diatas padang sahaja malah mereka juga disaran melihat bagaimana cara dan sikap penyokong sesebuah pasukan memberi sokongan.
Di Malaysia sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan sukar untuk ditandingi, mereka menjuarai segenap ruang yang membicarakan atau memaparkan bolasepak luar negara dan dalam negara sama ada kehadiran mereka ke stadium mahupun di laman sosial Facebook, Twitter atau laman web. Situasi dapat dilihat dengan jelas jika anda berkunjung ke mana-mana laman Facebook penyokong Kelantan, dari situ anda boleh melihat setiap topik yang dimasukkan, di sukai (LIKE) oleh beratus-ratus pembaca atau peminat berbanding laman penyokong pasukan lain.

Kegilaan mereka terhadap bolasepak sangat luar biasa sehingga sanggup melakukan apa saja demi menyokong pasukan kesayangan mereka. Pemilihan lapan pemain Kelantan dalam skuad kebangsaan menjadi kebanggaan mereka. Boleh dikatakan apa sahaja "asal kelantan" semuanya membanggakan mereka, Kelantan sentiasa terbaik dihati mereka tanpa orang Kelantan lesu bagi mereka untuk memberi sokongan mahupun mengikutinya.

Kenapa mereka bersikap begini? Untuk makluman sikap yang ditunjukkan mereka ini sudah terpendam lama sejak kesalahan demi kesalahan dan tindakan demi tindakan yang dilakukan FAM terhadap pasukan mereka seolah-olah berat sebelah dan mengharungi pelbagai rintangan yang dicipta FAM demi mencapai sebuah kejayaan yang mereka kecapi sekarang. Kelantan dianaktiri dalam segenap ruangan sukan di Malaysia, isu yang kecil diperbesarkan dan isu yang besar seperti berjaya memecah rekod perlawanan akhir seluruh Piala di Malaysia di pandang sepi.

Mujurlah dengan kesabaran yang kental di jiwa Tan Sri Annuar Musa dan seluruh penyokong Kelantan, kejayaan demi kejayaan telah tercipta untuk mereka. Kejayaan bukan mudah untuk dikecapi jika tiada perancangan dan semangat utuh dari segenap pemain, pendokong dan penyokong bolasepak Kelantan. Dengan kerjasama semua rakyat Kelantan di seluruh negara, rintangan atau cabaran dihadapi dengan mudah dan tenang tanpa mempedulikan anasir atau musuh-musuh mereka.

Namun dalam keseronokan meraikan kejayaan, sikap segelintir penyokong Kelantan yang masih lagi berdegil dan membawa sifat buruk mereka telah menjadikan stadium untuk perlawanan Kelantan kawasan bebas membuang sampah atau tempat membaling sampah. Tidak hairanlah sifat pengotor tetap sinonim dengan segelintir rakyat Kelantan kerana buka sahaja siaran langsung bolasepak melibatkan Kelantan kita dapat lihat dengan jelas bagaimana segala sampah di baling masuk ke padang, tidak kiralah bekas makanan atau minuman asalkan benda itu ada berhampiran semuanya akan dibaling ke padang termasuklah bahan merbahaya seperti mercun.

Kebingitan tiupan vuvuzela dan air horn juga akan menjadi pencemaran baru dalam arus bolasepak Kelantan jika tiada usaha dari seluruh penyokong untuk membendung perkara ini sama ada bertindak atau menasihati secara individu, kelab, keluarga mahupun sahabat handai. Dimana lagi keseronokannya jika bolasepak terus dijadikan tempat membuang segala pencemaran bunyi dan sampah.

Biarlah perkara atau isu yang sama berlaku pada penyokong lain, apa yang penting kita cuba untuk berubah dan menjaga hal dan masalah penyokong Kelantan sendiri. Tiada guna Kelantan mencipta banyak kejayaan jika ianya akan terus dirosakkan oleh penyokongnya sendiri.

Marilah kita terus berusaha dan memberi kesedaran tentang pencemaran yang mula merosakkan imej bolasepak Kelantan. Sebagai pencipta bolasepak sejati sudah pasti masalah-masalah ini akan terus mengganggu emosi anda semasa menyaksikan aksi-aksi pemain kesayangan.
BERUBAH DEMI KEJAYAAN DAN KEBIJAKSANAAN. GOMO KELATE GOMO.
Kelantan Dengan ATM Adakan Perlawanan Dan Program Bersama 8-9 Jun

ghaddarkedahvskelatesemifinal
 
Hari jumaat 8 jun TRW akan bertemu ATM di SSMIV KB...sementara hari sabtu 9hb para pemain TRW DAN ATM Berserta BOJAN &SATHIA akan bersama JABATAN KEBAJIKAN MKAT MSIA MELAKUKAN KERJA AMAL BERSAMA SUKARELAWAN JKM...SEMUA MEREKA KEMUDIANNYA AKAN SAYA RAIKAN DGN GULAI KAWAH KESYUKURAN DIKEDIAMAN SAYA DIBUKIT MARAK....PARA PEMAIN KEDUA PASUKAN MUNKIN AKAN MENEMUI PENYOKONG DI VENUE YG DITETAPKAN NANTI....ZAQUAN ADHA,HAIRUDIN OMAR,MARLON JAMES,PIYA,INDRA,OBINA,SATHIA,BOJAN DLL....PROGRAM AMAL PERDANA TRW JKM ATM...ANDA BOLEH MENYERTAINYA JUGA...

Isnin, 28 Mei 2012

Kelantan Mampu Pertahan Trofi


KEHILANGAN dua mata ketika dipaksa terikat dengan keputusan seri 0-0 menentang Johor FC di Stadium Pasir Gudang kelmarin tidak merencatkan peluang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lalu.
Disebalik faktor keletihan yang menghantui barisan Kelantan kelmarin, jurulatihnya, Bojan Hodak percaya pasukannya masih berada di landasan betul untuk mengembalikan rentak kemenangan dalam baki perlawanan liga selepas ini.
“Memang saya tidak puas hati tapi satu mata sudah memadai buat kami. Secara keseluruhannya pemain sedikit letih dan Johor FC pula berjaya memberikan saingan kepada kami.
“Apa pun saya yakin kami berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super. Saya percaya selepas cuti rehat tiga hari, pemain akan bangkit untuk kembali mencatatkan kemenangan dalam baki saingan liga musim ini,” katanya semalam.
Dalam perlawanan kelmarin, The Red Warriors yang dilihat menguasai perlawanan gagal menghasilkan gol namun sebaliknya hampir dihukum penyerang tuan rumah tetapi bernasib baik apabila peluang terbaik menerusi tandukan Arthur Hendrique sekadar menggegarkan palang.
Bagi mengelakkan keputusan sama, semua pemain Kelantan diberikan rehat selama tiga hari dan akan kembali menjalani latihan pada 31 Mei.
“Farhan jelas letih selepas bermain penuh ketika menentang Terengganu manakala Matyo (Norshahrul) pula masih bergelut untuk kembali ke prestasi sebenarnya.
“Sebab itu saya terpaksa gantikan mereka dengan Ramzul (Zahini Adenan) dan Azlan (Ismail). Azlan berpeluang untuk menjaringkan gol di minit akhir perlawanan namun dia sedikit gopoh dalam segi penyudah,” katanya.

Ahad, 27 Mei 2012

Piala AFC: Denda Akan Cemar Imej KAFA

Dennis Antwi diasak oleh pemain pertahanan Terengganu Muslim Ahmad ketika cuba menjaringkan gol.




SEBARANG hukuman yang bakal diterima Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berikutan insiden segelintir penyokong yang bertindak agresif akan memberi imej buruk kepada  The Red Warriors dalam dunia bola sepak tempatan, kata Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Khairi Yazid.
Beliau yang kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyokong Kelantan yang hadir bukan atas semangat kesukanan dengan melakukan sesuatu menyalahi undang-undang hanya mencemari imej persatuan dan nama baik Kelantan selaku gergasi bola sepak Malaysia.
“Saya kesal dengan kejadian ini kerana kejayaan layak ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sepatutnya diraikan dengan penuh kemegahan tetapi ia dicemari tindakan segelintir penyokong yang tidak berdisiplin.
“Kita bangga mempunyai ramai penyokong namun apabila segelintir penyokong tidak berdisiplin, ia memberi masalah kepada seluruh penyokong dan pasukan dimana bukan sahaja dikenakan denda malah nama baik Kelantan yang kini melonjak naik turut akan tercemar,” kata Khairi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  mengenai nasib Kafa yang dilaporkan bakal menerima hukuman denda berjumlah AS$5,000 (RM15,773) untuk setiap kesalahan berikutan segelintir penyokong The Red Warriors yang bertindak membakar mercun, selain membaling objek seperti bekas minuman didalam stadium ketika perlawanan Piala AFC antara Kelantan dan Terengganu, kelmarin.
Demi menjaga nama baik Kelantan, Khairi berharap peminat-peminat The Red Warriors mampu mengawal emosi setiap kali pasukan beraksi di atas padang walaupun ada kalanya keputusan perlawanan tidak memihak kepada pasukan.
“Saya harap insiden seumpama ini tidak berulang. Tidak mereka meraikan kemenangan itu tapi ada batasnya. Seharusnya mereka meraikan dengan cara yang selamat dan tidak memberi kesan kepada persatuan,” tegas Khairi.

Johor FC ikat Red Warriors

FAUZI Shaari (kiri) cuba menghalang kemaraan penyerang Kelantan, Norhasrul Idlan Thalaha (tengah) dalam saingan Liga Super di Stadium Pasir Gudang, malam tadi.
JUARA PIALA FA, Kelantan gagal meneruskan momentum kemenangan apabila sekadar seri 0-0 dengan Johor FC pada saingan Liga Super 2012 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.
Walaupun menguasai saingan awal babak pertama dengan serangan bertali arus, barisan Bojan Hodak gagal memecah benteng tuan rumah, sebaliknya, Johor FC hampir berada di depan pada minit ke-17 apabila tandukan Mohd Riduwan Maon hasil hantaran Jasazrin Jamaluddin ditangkap kemas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus garang apabila cuba memecah kebuntuan dan anak buah Sazali Saidon sekali lagi berpeluang mengejutkan pasukan tangga kedua liga itu tetapi tandukan Arthur Hendrique pada minit ke-70 singgah di palang.
Kedua-dua pasukan menggandakan asakan pada 10 minit terakhir tetapi gagal, sekali gus menyukarkan skuad Lebah yang berhasrat untuk keluar daripada kelompok bawahan.
Kelantan kekal di tangga kedua Liga Super dengan 38 mata, di belakang Lions XII yang sudah bermain lima perlawanan.

Sabtu, 26 Mei 2012

Prewiew - Johor FC lwn kelantan FA - Liga Super 2012





Diatas kertas skuad kijang berpeluang cerah mencatat tiga mata penuh berbanding Johor FC yang semakin longlai. Setelah berjaya mengukir kejayaan menjulang kejuaraan Piala FA dan layak ke perlawanan suku akhir Piala AFC pasukan kelantan pastinya turun dengan keyakinan yang tinggi untuk membenam pasukan kedua tercorot liga Johor FC pada sabtu ini. 

Aksi mantap yang dipamerkan Kelantan ketika membenam cabaran Terengganu pada saingan Piala AFC memperlihatkan keyakinan para pemain kini berada di tahap terbaik. Apatah lagi pasukan kelantan perlu mengutip mata makximum bagi terus memberi tekanan kepada Lions XII yang kini selesa mendahului liga dengan kelebihan 7 mata di hadapan Kelantan.

Bojan pastinya akan menggilirkan para pemainnya bagi memastikan semua pemain berada di prestasi yang tinggi bagi mengharungi jadual yang padat, dengan Norshahrul Idlan Talaha mungkin akan mengetuai bahagian serangan Kelantan.

Namun lawan yang akan ditentang juga terdesak mencari kemenangan. Lebih parah Johor Fc kini hanya mencatat satu kemenangan di tempat sendiri  dalam saingan Liga Super. Justeru mereka bukan sahaja perlu megharapkan sentuhan pemain import mereka  malah  keampuhan benteng pertahanan turut ditagih jurulatih Johor Fc.

Dalam aksi pertama di Kota Bharu, Johor Fc tewas dengan jaringan 2-1 ketika itu dibimbing K.Devan.

Misi Memburu Mata Penuh
teamkelatePerlawanan menentang Johor FC malam esok merupakan perlawanan tertunda 15 mei lalu dan terakhir sebelum Liga Super bersambung kembali 15 jun nanti. Pertarungan antara Kelantan tempat kedua teratas liga dengan Johor FC tempat kedua tercorot liga tidak harus dipandang mudah pasukan Kelantan memandangkan pasukan Johor FC sebuah pasukan yang sukar diramal prestasinya.

Kepenatan pemain Kelantan yang sentiasa melalui jadual perlawanan yang padat dan akan bertandang di stadium Pasir Gudang pasti digunakan sebaik mungkin skuad sang Lebah ini meskipun mereka harus waspada dengan kebijaksanaan taktikal Bojan Hodak mengatur anak buahnya.

Kehebatan Kelantan bagai tersentap dengan isu membaling objek dan mercun ke padang semasa saingan Piala AFC lalu. Isu ini masih lagi hangat diperkatakan di laman media sosial dan media-media tempatan. Sikap yang sukar dibendung ini mungkin akan terus menjadi duri dalam daging atau anai-anai yang akan merosakkan keteguhan binaan bolasepak Kelantan yang dibangunkan presiden KAFA dan kepimpinan KAFA serta seluruh peminat yang ikhlas melihat kemajuan bolasepak Kelantan.

Isu-isu ini menjadikan perlawanan menentang Johor FC bagai hambar memikirkan masa depan KAFA yang bakal didenda melebihi RM50,000 sepertimana dimaklumkan Tan Sri Annuar Musa. Keluhan Tan Sri Annuar Musa sungguh terkesan dihati peminat setia The Red Warriors kerana beliau merupakan aset dan penyumbang utama kepada kemajuan bolasepak Kelantan melalui tenaga dan pelaburan AL Hamra.
Kemenangan pada malam ini tidak bermakna jika tiada usaha daripada seluruh penyokong Kelantan untuk mengubah sikap buruk ini. Ibarat minum teh tanpa gula apabila setiap kali kejayaan Kelantan disurami dengan berita buruk yang dilakukan penyokong sendiri yang buat-buat bodoh dan bebal demi menunjukkan kejantanan yang tidak bertempat ini.
GOMO KELATE GOMO.

Tan Sri Annuar Musa
Imej kelantan akan terus dipandang BURUK OLIH ORANG LUAR MALAH KALI INI MUNKIN NAMA KELANTAN TERCEMAR SAMPAI KELUAR NEGARA KERANA AFC CUP DISIAR LANGSUNG KE BANYAK NEGARA..publisiti yg luas sepatutnya peluang terbaik menjulang nama baik kelantan BERTUKAR MENJADI SEBALIKNYA AKIBAT AMALAN PENONTON YG TIDAK BAIK DAN MEMALUKAN NEGERI SENDIRI..SEOLAH OLAH KITA MERUPAKAN PENONTON YG TIDAK BERPERATURAN SERTA BURUK PERANGAINYA..MEMBALING OBJEK DAN MERCUN ADALAH PERBUATAN SABOTAJ PASUKAN SENDIRI..KITA TIDAK NAMPAK PERBUATAN BEGINI DI NEGARA LAIN..ENTAH DARI MANA DAN TARBIYAH SIAPA SIKAP SEBEGINI..segala gambaran positif imej kelantan sebenar hilang begitu saja..orang hilang hormat pada kita....

Jumaat, 25 Mei 2012


SELAMAT TINGGAL NWOHA ONYEKACHI



NWOHA ONYEKACHI
Aksi Nwoha Onyekachi ketika menentang pasukan KL Spa - Foto : NST





Penyerang import Kelantan dari Nigeria, Nwoha Onyekachi sah meninggalkan pasukan Kelantan FA selepas kontraknya bersama pasukan The Red Warriors tamat sejurus selepas perlawanan pusingan ke 2 Piala AFC di antara Kelantan dan Terengganu semalam.
Aksi piala afc menentang Terengganu itu ialah aksi terakhir Nwoha Onyekachi selepas empat bulan bersama pasukan Kelantan FA.
Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) pula sedang giat memburu pemain import baru dan kemungkinan import baru akan diuji pada bulan Jun ini di Kota Bharu untuk menguatkan barisan Kelantan dalam menghadapi peringkat suku akhir Piala AFC 2012 yang dijadualkan berlangsung pada bulan September nanti.
Terima Kasih buat Nwoha Onyekachi dan semoga berjaya di masa hadapan.

Khamis, 24 Mei 2012




Kelantan Terus Cipta Sejarah dan Kelas Tersendiri

rizalafc

Kelantan yang pertama kali muncul di pentas AFC berbanding Terengganu yang mempunyai pengalaman, Kelantan berjaya mencipta kelasnya tersendiri apabila berjaya menyamai rekod yang dipegang Selangor dan Kedah dengan mara ke peringkat suku akhir Piala AFC. Siapa sangka sebuah pasukan yang sering diperlekeh wartawan media dan menerima layanan buruk pengurusan FAM, akhirnya berjaya membuktikan sebaliknya kepada pengkritik mereka.
Jaringan kelas dunia berjaya dihasilkan Rizal Fahmi menerusi sepakan percuma kencang tepat ke dalam gol dan Norfarhan mempamerkan aksi bertenaga menjaringkan gol seawal minit ke 2 dan gol kedua sudah cukup untuk dirinya menebus kekecewaannya tidak dapat beraksi dalam perlawanan final Piala FA sabtu lalu.
Jika dilihat pada pengalaman sudah pasti Kelantan tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pasukan pilihan mara ke peringkat suku akhir, namun dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa, pengurusan KAFA, semua pemain dan yang paling penting seluruh penyokong The Red Warriors, kini Kelantan menjadi 8 pasukan terbaik Piala AFC.
Meskipun pada peringkat awal Kelantan hanya meletakkan sasaran melepasi peringkat kumpulan dengan kemenangan ke atas Terengganu malam tadi, Kelantan mula menyasarkan sasaran melepasi suku akhir yang akan berlangsung pada bulan september nanti dan Kelantan berpeluang memperkasakan barisan pemain bagi menghadapi saingan yang akan diundi kelak.
Tahniah kepada barisan pengurusan KAFA, semua pemain dan seluruh penyokong Kelantan yang sentiasa menggembleng tenaga memastikan kejayaan demi kejayaan dicipta Kelantan biarpun pelbagai ranjau duri yang diwujudkan bagi menyekat kehebatan Kelantan. Sokongan padu secara kolektif daripada semua pihak telah menjadikan Kelantan satu-satunya pasukan yang mempunyai pakej lengkap impian syarikat-syarikat penaja seluruh Malaysia.
Tahniah kepada pasukan dan penyokong paling bernilai di Malaysia. GOMO KELATE GOMO.

Rabu, 23 Mei 2012

Ancaman Butler
 
IMG 0200s


Pasukan The Red Warriors perlu berwaspada dengan percaturan tektikal yang bakal dilakukan oleh Ketua Jurulatih pasukan Terengganu, Peter James Butler.
James Butler pernah mengemudi pasukan Kelantan pada awal musim Liga Super 2012 sebelum beliau digantikan oleh Bojan Hodak.
James Butler pastinya mengetahui selok belok para pemain Kelantan yang pernah di bimbingnya suatu ketika dulu.
Kedua-dua pasukan bakal beraksi pada pusingan kedua dalam perlawanan peringkat kalah mati Piala AFC.
Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu itu bakal disiarkan secara langsung di TV1 bermula pada jam 8.45 malam.

Prebiu Piala AFC 2012 : TRW, Terengganu Yakin Ke Suku Akhir.


The Red Warriors menghadapi laluan sukar untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati apabila bertemu jiran senegeri, Terengganu dalam perlawanan pusingan kedua Piala AFC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.


Masih segar dengan kejayaan bersejarah dalam Piala FA, Sang Kijang bagaimanapun terpaksa memadamkan seketika keletihan jadual padat dan sambutan piala bagi memberi tumpuan untuk melepaskan diri ke pusingan seterusnya.

Begitu juga bagi Terengganu, kehadiran mereka ke Kota Bharu bukan semata-mata makan angin dan mereka yakin dapat memberikan cabaran sepatutnya biarpun masih dilanda pelbagai di pihak pengurusan.

Bojan Hodak dalam sidang media semalam menegaskan Kelantan sedang berada dalam moral tinggi dan melaungkan amaran kepada pasukan lawan agar tidak memandang mudah keupayaan pemain The Red Warriors.

Dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, setiap lawan yang bertandang pasti akan mengalami kesukaran, jelasnya. Bagaimanapun, pengendali itu mahu keputusan perlawanan dapat ditentukan dalam 90 minit masa perlawanan bagi mengelakkan keletihan kerana selepas ini mereka akan menghadapi satu lagi perlawanan melawan Johor FC.

Sementara itu, Terengganu yang baru sahaja merekrut bekas jurulatih Kelantan, Peter James Butler semestinya akan cuba menggunakan kelebihan yang ada pada jurulatih itu untuk mengecewakan Sang Kijang.

Butler dengan nada yakin menyatakan dia kenal setiap pemain The Red Warriors yang dibimbing selama beberapa bulan sebelum menerima opsyen KAFA untuk meletak jawatan. Terengganu mempunyai resipi terbaik untuk tidak berputih mata pada perlawanan ini.

Berdasarkan perlawanan pada malam nanti, Bojan Hodak dijangka akan mengekalkan sebilangan besar pemain yang mendapat kejuaraan baru-baru ini.

Khairul Fahmi dijangka kekal menggalas tugas selaku penjaga gol manakala Obinna Nwaneri pula mungkin diletakkan di pertahanan tengah bersama dengan Rizal Fahmi. Daudsu pula dijangka kembali selepas dikeluarkan pada awal babak kedua pada perlawanan akhir manakala Zairul Fitree kekal di sebelah kiri.

Posisi tengah pula mungkin meletakkan Norfarhan di sebelah kanan manakala Badri dan Shakir pula seperti biasa bakal merencana serangan di bahagian "center" selain Nurul Azwan mendapat kembali posisi sayap kiri.

Dua pemain import, Nwoha Onyekachi mungkin akan digandingkan dengan Ghaddar manakala Antwi bermula dari bangku simpanan disamping penyerang tempatan, Azlan Ismail dan Norshahrul Idlan Talaha.

Bagi pasukan pelawat, Sharbinee Alawee seperti biasa akan menjadi penjaga gol utama manakala barisan pertahanan mungkin akan berubah selepas beberapa pemain masih gagal menjelmakan keserasian seperti yang ditagih penyokong. Kemungkinan besar Butler akan cuba mencari pemain yang betul-betul mampu mengawal kelibat penyerang Kelantan dan Muslim Ahmad salah satu pemain yang akan diberi tanggungjawab itu.

Jentera tengah, tidak rungsing kerana Terengganu memiliki ramai pemain terbaik yang mampu untuk mengatur gerakan dan mencari jaringan yang diperlukan. Diketuai Ashaari Shamsudin dan Ismail Faruqi, ketiadaan Manaf Mamat akibat cedera langsung tidak dirasakan. Mereka juga memiliki Joseph Kallang Tie serta tonggak import dari Brazil, Baiano.

Posisi serangan, tiada masalah jika Francis Doe sudah kembali dari kecederaan dimana pemain ini kemungkinan besar akan bergandingan dengan pemain yang mula menemui sentuhan gol, Abdul Hadi Yahya.

Selasa, 22 Mei 2012

Rampas Banner, Penyokong Buat Laporan Polis.


Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan (KPBSK) akan membuat satu laporan polis terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Menurut sumber yang ditemui RedsfcNews, pihak KPBSK terpaksa membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana merasakan tindakan yang dilakukan oleh badan induk bola sepak negara tersebut pada perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini sangat tidak berpatutan.

Mereka telah membuang banner yang dibuat para penyokong malahan telah merampas banner itu biarpun tidak memaparkan kata-kata cacian dan provokasi kepada Persatuan itu sendiri.


Jelas mereka bagai bersikap dendam peribadi dengan cuba melakukan tindakan yang sangat tidak bertamadun dan selaras dengan kebebasan negara demokrasi.


Justeru itu, dengan laporan polis yang akan kelab penyokong lakukan adalah simbolik pada ketidakadilan yang telah FAM lakukan.

KPBSK hanya mahu satu penjelasan wajar dan juga ganti rugi atas tindakan yang mereka lakukan pada banner yang telah dirampas


sumber:redsfc news
BERITA GEMBIRA DARI TAN SRI ANUAR MUSA



SEBAGAI TANDA SYUKUR MENJUARAI FA CUP DAN MENGHARGAI SEMUA PENYOKONG TRW YG SETIA MAKA TIKET AFC CUP TRW VS TGANU DI DISKAUN 35%..BERERTI TIKET ASTAKA CUMA RM20 dan TERBUKA RM10 SAHAJA..JIKA BARU2 NI KITA PENUHI SNBJ ESOK KITA BANJIRI SSMIV KITA PULA....GOMO AFC CUP!!!JUARA FA 2011 vs JUARA FA 2012......BUTLER VS BOJAN.....menarik!!

Malaysian starlet Nazmi Faiz signs with Beira-Mar

The Malaysian starlet has officially been signed by the Portuguese club following a trial and he says he is excited about starting a new adventure


Nazmi Faiz Beira-Mar
Beira-Mar


Starlet Nazmi Faiz's European journey looks set to continue after Portuguese First Division outfit Beira-Mar signed the Malaysian on Monday night.


Nazmi, 19, has inked a three-year deal after a successful trial according to the club's website.

Speaking via his new club Nazmi said: "This was my best chance and I'm thankful I have succeeded. I'm extremely happy and excited and can't wait to start on my new adventure."
Kelantan janji benam Terengganu



MESKIPUN faktor keletihan ketika beraksi di final Piala FA, Sabtu lalu masih menyelubunginya, kejayaan menjulang trofi itu menyuntik semangat buat The Red Warriors untuk meneruskan kemaraan dalam saingan Piala AFC berdepan Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, esok.
Penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat berkata, rakan sepasukan kini memberi fokus utama kepada saingan Piala AFC.

“Kita sudah mencapai sasaran mendapatkan Piala FA dan kini tidak sabar turun berdepan Terengganu pada pusingan kedua saingan Asia ini.
“Saya percaya, jurulatih mempunyai strategi tersendiri dan apa yang diharapkan kemenangan ini dapat diteruskan dalam perlawanan selepas ini,” katanya. Sementara itu, ketua jurulatih, Bojan Hodak (gambar) berkata, pemain sudah memberi aksi terbaik ketika menundukkan Sime Darby untuk memenangi Piala FA dan kini perlu fokus kepada sasaran seterusnya.

Jurulatih dari Croatia itu berkata, kecergasan pemain perlu dibentuk semula dalam tempoh yang singkat.

“Minda pemain kini masih dalam pesta meraikan kemenangan dan saya perlu membentuk mereka berdepan Terengganu.
“Sekalipun menentang pasukan tempatan, saya tetap mahu pemain memberikan yang terbaik di atas padang,” katanya
Tugas berat Hodak

BIARPUN pemain The Red Warriors masih keletihan selepas kejayaan menjulang Piala FA, Ketua Jurulatih Bojan Hodak perlu berdepan tugas berat memotivasikan semula anak buahnya secepat mungkin menjelang pertemuan dengan Terengganu dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, esok.

Dalam kegembiraan meraikan kejayaan bersejarah itu, Hodak melupakan seketika detik gembira itu dan memandang ke hadapan untuk mempersiapkan anak buahnya berdepan Terengganu dan mara ke suku akhir saingan AFC.
Jurulatih berpengalaman dari Croatia itu berkata, moral anak buahnya perlu dibentuk semula selepas bekerja keras menewaskan Sime Darby FC, malah dalam tempoh singkat, dia perlu memberi motivasi tambahan supaya pemain kembali fokus. “Sasaran kami dalam Piala FA sudah tercapai dan saya bertanggungjawab untuk membuat persediaan mencapai sasaran seterusnya kerana ketika ini, minda pemain kosong dan saya terpaksa memotivasikan mereka semula dalam masa terdekat,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Selepas mengambil alih tugas Peter Butler dua bulan lalu, Hodak kini berada dalam kelas tersendiri apabila membantu The Red Warriors menjulang Piala FA yang dinantikan sejak 22 tahun, malah sasaran terbarunya ialah membawa Kelantan melangkah jauh dalam saingan Piala AFC.

“Jadual perlawanan agak padat selepas ini dan saya perlu membuat persediaan rapi termasuk tumpuan terhadap mempertahankan kejuaraan Liga Super.”
SIaran Langsung untuk perlawanan Johor FC vs Kelantan



Perlawanan Liga Super di antara pasukan Johor FC vs Kelantan yang bakal di adakan di Stadium Jcorp pada 26 Mei 2012 bakal disiarkan secara langsung. Perlawanan ini boleh ditonton secara langsung melalui saluran 801 astro arena. Siaran langsung ini di jangka bermula tepat pada jam 8.45 malam.
Sama - sama kita doakan 3 mata penuh untuk pasukan the Red Warriors dan merampas kembali tahkta Liga Super yang kini dimiliki oleh pasukan Lion XII.

IMG 0130s



Isnin, 21 Mei 2012

Piala FA Bersinar Di Bumi Kelantan
 
trelertrwfa
Kota Bharu: Akhirnya piala yang dikejar sejak dua final lalu selamat tiba di Kota Bharu petang tadi, Piala ini diarak menggunakan treler khas yang dihias rekaan dengan gambar pasukan Kelantan. Sambutan luar biasa diberikan oleh rakyat Kelantan sempena cuti khas yang diberikan kerajaan negeri Kelantan pada hari ini.


Keriangan jelas terpancar dari riak muka seluruh rakyat Kelantan yang memeriahkan perarakan ini. puluhan ribu berhimpun dan menyertai konvoi dari lapangan terbang antarabangsa Pengkalan Chepa, sekitar bandaraya Kota Bharu dan terus ke rumah Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa di Ketereh.
Pelbagai lagi program akan diadakan untuk siri jelajah Piala FA seluruh Kelantan. Tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan diatas kemenangan ini dan kini Piala FA milik anda. GAMBAR OLEH NADZIM TRW KB
trelertrwfa2
pialafakb
Timbalan Presiden II FAM Dalam Buangan?

tsamfinalfa
Seluruh rakyat Kelantan melahirkan rasa simpati dan kesal dengan tindakan pengurusan FAM menyekat segala bentuk sepanduk, banner, bunting dan lain-lain yang menulis perkataan Tan Sri Annuar Musa biarpun sekadar mengucapkan "Selamat Harijadi Tan Sri Annuar" daripada dibawa masuk ke dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tindakan ini dianggap luar biasa dan tidak pernah berlaku dalam kancah bolasepak antarabangsa, jika dilihat pada kebiasaannya persatuan bolasepak luar negara hanya mengenakan sekatan di tempat duduk VIP sahaja dan tidak menghalang sebarang bentuk sepanduk yang menyokong pemimpin pasukan terlibat seperti mana yang dilakukan FAM memeriksa setiap sepanduk yang hendak di bawa masuk.
Peminat berasa kagum dengan tindakan Tan Sri Annuar Musa yang memilih untuk duduk bersama peminat Kelantan di tempat duduk biasa, walhal Tan Sri Annuar boleh menggunakan kapasitinya sebagai pengerusi AL HAMRA Group penaja utama The Red Warriors.
Diharap situasi ini tidak akan mematahkan semangat Tan Sri Annuar Musa untuk terus bersama The Red Warriors dalam mencipta kejayaan demi kejayaan sebagai bukti kemampuan sebenar Tan Sri Annuar Musa yang tiada tolok bandingannya

FAM tidak mahu bola sepak Malaysia maju 

Buru Liga Super


BADHRI (kiri) sudah memasang hajat untuk memburu gelaran Liga Super.


SELEPAS berjaya menjulang Piala FA, Kelantan kini berhajat memburu gelaran Liga Super pula.
Demikian tegas kapten The Red Warriors, Mohd. Badhri Radzi selepas membantu pasukannya meraih ge laran juara Piala FA malam kelmarin.
Menurutnya, untuk mempertahankan gelaran juara Liga Super, dia mahu rakan- rakan sepasukan memberikan tumpuan penuh pada aksi liga selepas ini.
Pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, Kelantan menewaskan Sime Darby 1-0 menerusi sepakan penalti penyerang importnya, Muhamad Ghaddar pada minit ke-58.
Badhri mahu kemenangan tersebut akan menjadi motivasi terbaik buat mereka untuk meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super.
“Kami puas apabila berjaya menjulang Piala FA pada edisi tahun ini. Ia merupakan sasaran utama kami terutama selepas gagal dalam dua percubaan sebelum ini.
“Kami mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang begitu banyak memberikan sokongan kepada kami.
“Namun, kami tidak boleh leka selepas muncul juara Piala FA, sebaliknya kami harus meneruskan kerja keras bagi mengekalkan momentum ini untuk mempertahankan status sebagai juara Liga Super,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Pada dua penampilan di pentas akhir Piala FA sebelum ini, Kelantan dikecewakan Selangor pada 2009 yang menyaksikan mereka tewas selepas penentuan sepakan penalti.
Pada musim lalu pula, mereka dikecewakan oleh Terengganu pada perlawanan akhir.
“Ini sejarah baharu buat pasukan Kelantan. Memang puas selepas impian menjulang Piala FA sudah tercapai dan ia cukup bermakna kepada semua pemain,” katanya.

Wartawan masih anggap Tan Sri Annuar Presiden KAFA

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pemain pasukan Kelantan yang menjuarai Piala FA 2012 akan menerima ganjaran setimpal dan perkara itu akan diumumkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dalam masa terdekat, kata Presidennya Tan Sri Annuar Musa.

"Nilai imbuhan bagi setiap pemain tidak boleh saya beritahu lagi...Saya yakin dalam dua tiga hari lagi KAFA sendiri yang akan memaklumkan kepada media," katanya kepada Bernama selepas hadir menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil itu Sabtu malam.

-- BERNAMA

p/s :Hanya FAM yang tidak menggangap TSAM presiden KAFA

Piala FA Akhirnya Milik Kelantan

\
GHADDAR (kiri) dicabar kapten Sime Darby, Es Lizuan Zahid pada aksi final Piala FA 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

KELANTAN muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Penyerang import, Muhamad Ghaddar muncul watak utama di sebalik kejayaan manis Kelantan itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.
Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti.

Ghaddar yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti itu mudah menolak masuk bola ke gawang Sime Darby yang dikemudi penjaga gol, Mohd. Redzuan Harun.

Jaringan tunggal penyerang kelahiran Lebanon itu sudah cukup buat Kelantan memadam kekecewaan sebelum ini apabila tewas dalam aksi final Piala FA edisi 2009 dan 2011.

Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Musim lalu, Kelantan terus kempunan mendakap Piala FA apabila tewas 1-2 kepada jiran tetangga, Terengganu pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA yang baharu itu malam tadi diraikan bersama kira-kira 67,000 penyokong setia The Red Warriors yang hadir ke stadium.
Pada aksi itu, rentak permainan seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama berlangsung.

Bagaimanapun, Sime Darby terlebih dahulu menguji benteng Kelantan apabila percubaan Azmirul Azmi seawal minit kesembilan berjaya dinafikan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan menerima tamparan apabila tonggak pertahanan, S. Subramaniam terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas bertembung dengan penyerang Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-28.

Peluang terbaik Kelantan untuk mencipta jaringan hadir menerusi kapten, Mohd. Badhri Radzi, namun bola tandukannya pada minit ke-36 gagal menerjah gawang Sime Darby.

Bersambung babak kedua perlawanan, Kelantan terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Sime Darby bagi memburu gol.

Akhirnya gol yang dicari-cari menjelma pada minit ke-59 hasil sepakan penalti Ghaddar.
Tersentak dengan gol tersebut, Sime Darby mula mengatur rentak lebih kemas bagi mencari gol penyamaan.

Bagaimanapun, beberapa peluang yang terhidang gagal diterjemahkan dengan baik.

Kelantan hampir menggandakan jaringan menerusi Indra Putra Mahayuddin, namun percubaannya pada minit ke-85 dinafikan Mohd. Redzuan.

Jumaat, 18 Mei 2012

Tan Sri Annuar Musa Pun Beli Tiket?

tsamtiketFA
Memandangkan serangan hebat pihak FAM dan pemerhati media yang memcemburui semangatditonjolkan Tan Annuar Musa sejak isu penggantungan lalu, semalam Tan Sri Annuar Musa telah nekad membeli 5 keping tiket untuk beliau dan keluarga bagi menyaksikan perlawanan akhir esok sebagai penonton biasa. Pembelian tiket ini diharap mampu meredakan fokus media yang bersengkokol mencari setiap kesalahan Tan Sri Annuar Musa. Keputusan ini terpaksa dibuat bagi mengelakkan dari berlaku sebarang hukuman luar biasa FAM nanti dan demi The Red Warriors. Ianya suatu yang sukar dipercayai kerana jasanya pada bolasepak Kelantan dan Malaysia amat besar namun pemimpin berjiwa rakyat sedia bersama penyokong walauapapun halangannya.
Kami rakyat Kelantan akan menentang segala penghinaan dan hasad dengki untuk melumpuhkan setiap pergerakan Tan Sri Annuar Musa dalam memajukan bolasepak Kelantan. Terima kasih Tan Sri Annuar kerana terus bersama The Red Warriors.GOMO KELATE GOMO. PANTAN THE RED WARRIORS MENGAKU KALAH.




Admin: TSAM dah beli dah tiket RM40 untuk tonton perlawanan akhir Sabtu ni. Beliau beli 5 keping untuk diri sendiri, isteri dan anak-anak. Rakan-rakan dah beli? Kita jumpa di Bukit Jalil! Allahuakbar!

"Saya sudah membeli 5 keping tiket untuk saya dan keluarga (isteri, anak serta menantu) dan bersedia menjadi PENONTON perlawanan akhir Piala FA, 19 Mei ini!" -TSAM

Sekilas Ke Bukit Jalil : Al Kisah Sang Kijang






penyokongvsKedah
Oleh Merio Trw - Al kisah sang kijang ...
Al kisah sang kijang ...
Belaan cik siti wan kembang..
Lincah di kandang...
Menjadi binatang kesayangan...

Al kisah sang kijang ...
Di angkat sebagai lambang ..
Tetang sebuah perjuangan ..
Yang tertinta zaman berzaman ..

Al kisah sang kijang..
Kisah hidupnya tak pernah lekang..
Adakala dibadai dek ribut taufan ..
Ada jua terkandas di tanah gersang.

Al kisah sang kijang ..
walau hebat dugaan di rintang..
Pasak di pacak terus berjuang..
Walau beribu halangan di tentang ..

Al kisah sang kijang..
Bagai kejora antara berjuta bintang
Gemilau cahaya berkedipan..
Menjadi pujaan berjuta insan..

Al kisah sang kijang
Rentak hidupnya tiada kesudahan..
Berita tentangnya menjadi tatapan
Suka duka menyulam kemanisan

Al kisah sang kijang ..
19 mei menoktah penantian ..
Pada seribu pergertian ..
Hakikat sebuah perjuangan..

Khamis, 17 Mei 2012

FA CUP : Karathu yakin Hodak mampu


BEKAS jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu menganggap Bojan Hodak berpeluang merealisasikan impian The Red Warriors untuk menjulang Piala FA bersandarkan kepada kekuatan barisan pemain sedia ada yang disifatkannya berada dalam kelas tersendiri.

Karathu yang pernah membimbing Kelantan pada 2011 selain berjaya membantu negeri itu merangkul kejuaraan Liga Super 2011 yakin The Red Warriors berpeluang menamatkan penantian menjulang Piala FA selepas tiga kali layak ke final iaitu pada 2009, 2011 dan tahun ini.

Karathu berkata, dengan barisan pemain dimiliki Kelantan pada musim ini, Hodak tiada masalah untuk merancang strategi menghadapi Sime Darby apatah lagi dengan kehadiran pemain import yang menguatkan lagi pasukan.

Secara peribadi, Karathu menyifatkan kehadiran pemain import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar yang digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha menghasilkan kesan positif kepada Kelantan selain beberapa pemain seperti Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin turut menyengat dalam saingan Piala FA 

“Hodak berpeluang membawa pulang Piala FA untuk Kelantan dengan barisan pemain dimilikinya dan saya percaya dengan rekod cemerlang dicapai sepanjang musim ini, ia memberi kelebihan kepada Kelantan untuk menang final ini.

“Jika sebelum ini Kelantan layak ke final, dengan pemain sedia ada, kali ini termasuk beberapa pemain import, kekuatan pasukan itu semakin mantap,” katanya yang meramalkan Kelantan bakal menewaskan Sime Darby, 2-1.

Rabu, 16 Mei 2012

‘Jangan alpa


SEMANGAT...pemain Kelantan giat menjalani latihan menghadapi final, Sabtu ini.
SEMANGAT...pemain Kelantan giat menjalani latihan menghadapi final, Sabtu ini.
PERLAWANAN akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini, tidak boleh dipandang mudah dan pasukan Kelantan perlu berusaha memastikan kubu tidak mudah dibolosi penyerang import berbisa pasukan lawan dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh.
Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek mahu rakan sepasukan berwaspada berdepan ancaman penyerang import itu yang mampu mengkucar-kacirkan kubu pertahanan.

“Pergerakan Ronaldinho perlu dikawal ketat barisan pertahanan kerana pemain itu mempunyai kemahiran penyudah tajam berbisa.

“Kami tidak memandang mudah pertemuan dengan Sime Darby sebaliknya lebih serius dalam misi muncul juara. Kami sedar pasukan itu banyak membuat kejutan apabila menewaskan Johor FC dan Terengganu untuk layak ke final Piala FA,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Sementara itu, pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam berkata, Kijang akan tebus kekecewaan final Piala FA 2010 dan 2011 selepas Red Warriors akur dengan kekalahan kepada Selangor dan Terengganu.

Katanya, barisan pemain pertahanan perlu mengunci pergerakan Ronaldinho tiada ruang buatnya membolosi gawang Kelantan.

Meriahnya Final Piala FA 2012


Perlawanan Akhir Piala FA tahun ini yang melibatkan Kelantan dan Sime Darby dilihat lebih meriah berbanding edisi-edisi sebelum ini yang pernah pasukan Kelantan tandingi.
Pelbagai inisiatif dilakukan oleh KAFA melalui idea-idea kreatif ahli gabungan KAFA yang ditunjangi oleh Tan Sri Annuar Musa.Terbaru,KAFA menyediakan keretapi khas bagi membawa penyokong-penyokong The Red Warriors ke Stadium Nasional Bukit Jalil 19 mei ini.
Keretapi yang diberi nama "THE REDWARRIORS EXPRESS" ini bakal bertolak dari Kelantan pada 18 mei jam 10 malam di stesen Tumpat dan akan berhenti disetiap stesen utama di Kelantan.Harga yang dikenakan juga agak munasabah iaitu RM140 untuk seorang pergi dan balik termasuk pengangkutan LRT ke Stadium.

Tahniah kepada KAFA kerana berjaya mengadakan inisiatif seperti ini selain dari konvoi beramai-ramai menggunakan kereta yang diketuai oleh beliau sendiri pada pagi sabtu ini.
Disamping itu juga Kerajaan negeri memberikan komitmen seratus peratus apabila telah mengumumkan cuti peristiwa pada 20 mei yang pastinya akan meramaikan serta memeriahkan lagi kehadiran penyokong-penyokong ke Stadium sabtu ini kerana tidak terikat dengan tugas masing-masing.

Penyokong-penyokong TRW juga bakal 'dijamu' dengan gulai kawah di Stadium nanti dengan tiga ekor lembu dikorbankan menandakan simboliknya tiga gol yang bakal Kelantan perolehi dalam perlawanan akhir nanti.Walaupun tiga ekor lembu tidak cukup untuk menjamu puluhan ribu penyokong ianya memadai untuk percubaan dan andai Kelantan dapat melangkah ke Final sekali lagi mungkin lebih banyak lembu bakal dikorbankan.

Kehangatan Piala FA kali ini dirasakan cukup berlainan kerana saya sendiri masih tidak memiliki tiket gara-gara tidak 'booking awal' dan kesempatan diambil oleh 'ulat-ulat tiket' yang menjual tiket dengan harga RM45  keatas.Tan Sri Annuar Musa juga mengumumkan sudah 35000 keping tiket sudah terjual dan hanya tinggal baki 5000 keping sahaja lagi.

Tahniah sekali lagi kepada Tan Sri kerana berjaya merencanakan KAFA dengan begitu baik sekali sehingga dicemburui ramai sehinggakan 'memaksa' beliau melepaskan jawatan dalam KAFA dan FAM tetapi harus diingat jawatan serta pangkat boleh ditarik tetapi mulut berbisa beliau tidak mampu untuk ditutup.

Selasa, 15 Mei 2012

Final Piala FA 2012 - Edisi Road To Final TRW.


Kelantan membuktikan status cemerlang mereka dalam saingan Liga Malaysia 2012 apabila sekali lagi menepati ramalan untuk mara ke pentas akhir Piala FA.


Siapa menyangka dengan permasalahan yang timbul dari pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan pada awal saingan piala, The Red Warriors tetap garang sehingga mara ke penentuan terakhir.

Pemergian Butler dari kem Sang Kijang pada awalnya menimbulkan reaksi berbeza ramai pihak terutamanya penyokong setia Kelantan.

Namun, penganti beliau, Bojan Hodak pantas memberi satu suntikan baru apabila mengangkat kembali Kelantan ke kedudukan selesa dengan taktikal mantap seterusnya mengenepikan lawan dan setiap pencabar pada setiap pusingan.

Pusingan Pertama
Kelantan 2-1 Sarawak


Perlawanan pusingan pertama tidak menunjukkan kekuatan sebenar Kelantan kerana terpaksa menunggu sehingga jaringan minit terakhir daripada Norfarhan Mohamad untuk mencatatkan kemenangan keatas pasukan dari Borneo tersebut. Pada perlawanan itu, Kelantan beraksi hambar dan ketinggalan seawal minit ke-20 apabila Azizan Baba menggunakan kesilapan pemain The Red Warriors untuk jaringan pertama. Namun Indra muncul penyelamat selepas meledak jaringan penyamaan pada minit ke-33 sebelum Norfarhan Mohamad tenang melakukan rembatan dari jarak dekat pada masa tambahan babak kedua untuk memisahkan kedua-dua pasukan.

Pusingan Kedua
Kelantan 3-2 Kuala Lumpur.


Pada hakikatnya, Kelantan dilihat pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir selepas diatur bertemu Kuala Lumpur pada pusingan kedua. Namun jangkaan itu meleset sama sekali setelah anak buah Razip Ismail mengenepikan rasa gemuruh beraksi di gelanggang keramat Kota Bharu untuk memberi saingan sehingga wisel penamat kepada Sang Kijang. Kelantan bermula garang dengan jaringan pertama Norfarhan pada minit ke-29 tetapi mudah disamakan skuad Ibu Kota pada minit ke-39 melalui Mohamad Afiq Azmi. Bagaimanapun Kelantan pantas mencari idea untuk mengejutkan Kuala Lumpur dengan jaringan kedua pada minit ke-43 hasil sentuhan Indra Putra Mahayuddin. Bersambung babak kedua, Kelantan semakin garang apabila Badri Radzi menyempurnakan jaringan ketiga pada minit ke-70 namun Kuala Lumpur tidak mengalah dan berhasil merapatkan kedudukan sekali lagi pada minit ke-90 hasil penyudah tajam Fazuan Abdullah menerusi sepakan percuma.

Suku Akhir Pertama
KL SPA 0-3 Kelantan


Beraksi secara timbal balik, Kelantan bertemu lawan mudah setelah KL SPA bijak menyingkirkan kelab Kemboja pada pusingan kedua. Digelar "Giant Killer", tiada tekanan kepada SPA untuk mencari sesutatu pada pertemuan dengan Sang Kijang. Namun mereka akhirnya gemuruh jua dengan sorakan para penyokong untuk kecundang besar 0-3 kepada Kelantan. Pada pertemuan tersebut, KL SPA yang dibarisi kebanyakan pemain amatur bijak bertahan sehinggalah Badri Radzi muncul melakukan penyudah pada saat terakhir babak pertama. Norfarhan terus melakukan konsistensi jaringan pada Piala FA apabila jaringan kedua berjaya dilakukan pada minit ke-56. Dia terus mengganas setelah menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-81 untuk memberikan The Red Warriors bekalan selesa untuk aksi timbal balik.

Suku Akhir Kedua
Kelantan 2-0 KL SPA 


Beraksi di tempat sendiri dengan kelebihan tiga jaringan, Kelantan turun aksi bersahaja namun garang buat KL SPA. Satu jaringan setiap babak yang dilakukan oleh Norfarhan Mohamad serta Nwoha Onyekachi memberikan kejayaan besar kepada The Red Warriors menempah tiket separuh akhir.

Separuh Akhir Pertama
Kelantan 1-1 Kedah


Turun aksi separuh akhir, Kelantan dalam dilema apabila cakap luar sudah mengatakan mereka bakal tewas bagi memberi laluan Piala dibawa pulang ke negeri Jelapang Padi. Sangkaan itu semakin deras bertiup apabila pemain Kelantan beraksi tidak seperti yang diharapkan oleh penyokong mereka. Biarpun mendahului seawal minit ke-16 hasil penyudah kencang Norshahrul Idlan Talaha, mereka akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 selepas pemain import terbaru Kedah, Vedran Gerc bijak melarikan bola dari empat pemain pertahanan Kelantan sebelum melepaskan satu sepakan kencang menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-30.

Separuh Akhir Kedua
Kedah 2-2 Kelantan


Hadir selaku pasukan pelawat, beraksi didepan puluhan ribu penyokong tuan rumah, Kelantan tertekan dengan asakan menggila dari pasukan Kedah. Mereka akhirnya terpaksa menelan hakikat Kedah lebih baik pada babak pertama apabila dua jaringan yang dilakukan oleh Khyril Muhaimeen pada pertengahan babak memberikan kelebihan besar kepada Sang Kenari. Bagaimanapun, pemain Kelantan yang diberikan kata dua oleh Bojan Hodak pada sesi rehat akhirnya bangkit pada babak kedua bermula dengan jaringan pertama Obinna Nwaneri pada minit ke-46. Jaringan tersebut sememangnya menyemarakkan kembali semangat pemain dan tanpa disangka, kesilapan yang dilakukan barisan pertahanan Kedah membuka peluang kepada Ghaddar untuk menolak masuk jaringan kedua seterusnya kekal dengan keputusan itu untuk The Red Warriors mara ke pentas akhir Piala FA 2012 hasil peraturan jaringan di tempat lawan.

Ahad, 13 Mei 2012



Final Piala FA: Kelantan isytihar cuti peristiwa 20 Mei


Datuk Abd Fattah Mahmood - Exco Belia & Sukan Negeri Kelantan
Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Abd Fattah Mahmood

KERAJAAN Negeri Kelantan hari ini mengumumkan cuti peristiwa sehari pada 20 Mei 2012 (Ahad) sempena perlawanan akhir Piala FA yang membabitkan pasukan Kelantan, 19 Mei ini (Sabtu).
Menerusi kenyataan ringkas disiarkan di Facebook rasmi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memetik pengumuman Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood:

“Adalah diumumkan Kelantan telah mengisytiharkan pada 20 Mei 2012 Sebagai CUTI PERISTIWA sempena Perlawanan bolasepak PIALA FA,” menurut kenyataan Abdul Fattah di pejabat pentadbiran negeri, Kota Darulnaim hari ini.
Final Piala FA 2012 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei membabitkan pertemuan Kelantan menentang Sime Darby.
Kelantan turut layak ke perlawanan akhir Piala FA tahun lalu namun tewas 1-2 di tangan Terengganu.
Kelantan isytihar cuti peristiwa 20 Mei sempena Final Piala FA 2012



Catatan Popular