KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 20 November 2013

Pemergiaan Shakir Satu Kehilangan Buat TRW


Shakir Shaari
Pemergian pemain tengah paling berkaliber, Shakir Shaari yang berpindah ke Selangor tidak lagi dapat dinafikan oleh peminat-peminat The Red Warriors (TRW).
Kehilangan beliau bukan sahaja menyentap hati penyokong pasukan, malah, gandingannya bersama ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi sudah tentu lebih merasai ketiadaan Shakir.
Mana tidaknya, Badhri atau Piya sebelum ini serasi bersama Shakir yang sentiasa membantunya di bahagian tengah pasukan hingga mereka berjaya membentuk persefahaman yang mantap.
Sehubungan itu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, TRW perlu mendapatkan seorang pemain ‘otai’ bagi membantu Piya dan pasukannya mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
“Saya dan ketua jurulatih (Steve Darby) akan memuktamadkan senarai pemain TRW 2014 dan tempoh sehari dua diperlukan untuk menguruskan kertas kerja satu atau dua pemain baru.
“Kita terpaksa mencari seorang ‘otai’ di bahagian tengah untuk Piya. Secara keseluruhannya, pemain kita terutama kesebelasan utama agak menarik dan bertenaga. TRW tetap pencabar utama dalam liga,” katanya pada laman Facebook miliknya.
Annuar mengaku sukar mendapatkan pemain berkualiti bagi mengisi kekosongan ditinggalkan ramai pemain tonggak dan situasi itu pertama kali dirasai TRW.
“Sukar mahu mendapatkan pemain apabila hujung musim begini. Banyak pula pasukan yang kaya dan berbelanja besar dalam usaha memantapkan pasukan masing-masing,” katanya.
Selain pemain tengah itu, antara tonggak yang turut berpindah termasuk Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Mohammad, Daudsu Jamaluddin, S Subramaniam, Azizi Mat Rose, Rizal Fahmi Rashid, Izwan Solahuddin dan penyerang import, Dickson Nwakame.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular