KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 19 November 2013

Aziz Kekal Bersama Kelantan

Mohammad Aziz Ismail
KOTA BHARU – Tonggak pertahanan kiri Kelantan, Mohammad Aziz Ismail memilih untuk terus berbakti bersama The Red Warriors selepas mengikat kontrak selama dua tahun, Sabtu lalu.
Mohammad Aziz yang hampir pulih dari kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) lulut kanan berkata, dia akan mula menjalani latihan bersama The Red Warriors pada 15 Disember ini.
Menurutnya, ia merupakan latihan pertamanya bersama The Red Warriors selepas berehat selama setahun gara-gara kecederaan yang dialami ketika pertemuan persahabatan dengan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, 12 Disember 2012 lalu.
“Akibat kecederaan tersebut, doktor menasihatkan saya supaya berehat selama setahun untuk kembali pulih sepenuhnya.
“Alhamdulillah kecederaan tersebut hampir pulih, walau bagaimanapun saya tidak mahu mengambil risiko dan memerlukan sedikit masa untuk kembali pulih sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Tambahnya, dia membayangkan untuk beraksi sepenuhnya dalam perlawanan kompetitif antara tiga hingga empat bulan akan datang.
Mohammad Aziz antara tonggak pertahanan yang masih setia bersama The Red Warriors musim ini selepas beberapa rakan sepasukannya di posisi berkenaan iaitu Azizi Mat Rose, Mohd. Daudsu Jamaludin, Mohd. Rizal Fahmi Rosid dan S. Subramaniam mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan baharu.
Meskipun kehilangan empat tonggak di posisi berkenaan, benteng Kelantan dilihat tetap utuh selepas beberapa muka lama seperti Nik Shahrul Azim Ab Halim, Mohd. Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak dan Obinna Nwaneri memutuskan untuk terus kekal bersama The Red Warriors.
Dalam pada itu, Mohammad Aziz mengakui bakal berdepan tugas sukar mendapatkan semula tempat di posisi berkenaan kerana terpaksa bersaing dengan pemain sedia ada.
Katanya, dia perlu bekerja lebih keras untuk kembali ke prestasi sebenar sekali gus memikat hati ketua jurulatih untuk memilihnya beraksi bersama Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular