KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 15 November 2013

Kelantan Masih Utuh: Annuar

Annuar Musa
Kuala Lumpur: Walaupun dihimpit masalah kehilangan pemain utama termasuk penyerang import, Dickson Nwakaeme dan ketua jurulatih, Bojan Hodak yang tidak dilanjutkan kontrak kerana ‘meletak harga’ terlalu tinggi, tidak bermakna Kelantan akan menuju zaman kejatuhan.
Sebaliknya, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang dianggap nadi penting kejayaan skuad itu bertekad memastikan The Red Warriors (TRW) terus menjadi pasukan pencabar pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
KAFA tidak mampu bersaing Beliau yang mengakui KAFA tidak mampu bersaing dengan pasukan lain yang memiliki sumber kewangan yang lebih kukuh, tidak rela membiarkan TRW hancur tanpa sebarang usaha diambil.
“Ramai yang merasakan dengan perpindahan ramai pemain Kelantan termasuk Nwakaeme dan jurulatih (Bojan), TRW akan hancur. Yang mahu keluar kita tidak dapat halang namun tidak semestinya kita ranap begitu saja.
“Saya tetap berusaha dengan kudrat saya untuk membina TRW 2014 yang mampu memberi cabaran kepada mana-mana pasukan,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.
Annuar berkata, beliau akan umumkan 22 pemain Kelantan musim 2014 dalam tempoh terdekat ini kerana masih menunggu beberapa lagi kontrak untuk dimuktamadkan.
Difahamkan antara 22 pemain yang akan diumumkan itu termasuk nama penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat; ketua pasukan berpengaruh Kelantan, Mohd Badhri Radzi; pertahanan import, Obinna Nwaneri, Farishah Ismail, Zairul Fitree Ishak, Khairul Izuan Rosli, Syazwan Yusoff, Fakri Saarani dan Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin.
Sebelum ini, TRW hilang lapan pemain – Daudsu Jamaluddin, Shakir Saari, S Subramaniam, Azizi Mat Rose, Rizal Fahmi Rosid, Izuan Solahuddin, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad yang berpindah ke pasukan lain.
Mungkin juga berlaku kejutan seperti apa yang dilakukannya sebelum ini dengan beberapa keputusan atau pengumuman yang langsung tidak pernah dijangka termasuk menerima semula kemasukan Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Mat Rose selepas ketiga-tiga pemain itu dipalit kontroversi perpindahan ke T-Team, tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular