KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 17 November 2013

‘Darby Kena Guna Acuan TRW’

Steve Darby
Jangan terapkan corak ‘ala Harimau Malaya’ hadapi Liga-M: Annuar
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih baru Kelantan, Steve Darby diminta menampilkan corak permainan acuan The Red Warriors (TRW), bukan meniru teknik dan corak diterapkan Harimau Malaya bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, kata Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Beliau yang menyifatkan 2014 sebagai permulaan pusingan kedua dalam tempoh lima tahun buat pasukan dalam membina asas sebelum Liga-M diswastakan pada 2015, berkata keutamaan akan diberi kepada pembangunan pemain muda.
“Untuk Liga-M musim depan, ketua jurulatih diminta untuk memperbaiki teknik dan tidak akan terus dengan corak ‘ala Harimau Malaya’. Kita akan cuba acuan lain iaitu acuan Kelantan tersendiri,” kata Annuar dalam laman sosial Facebooknya, semalam.
Piala FA penawar duka
Annuar berkata, tujuh kriteria ditetapkan bagi memilih pemain yang bakal menyarung jersi TRW yang akan diumumkan 26 November ini – salah satu daripadanya 80 peratus adalah pemain tempatan terdiri daripada anak jati Kelantan.
“Kedua, lebih daripada separuh pemain dalam pasukan perlu berusia 24 tahun ke bawah. Ketiga, tiada lagi pemain yang melebihi usia 30 tahun dalam pasukan kecuali kerana prestasi yang istimewa saja dan tidak melebihi tiga orang.
“Keempat, pemain import yang bakal disenaraikan wajib daripada pemain kebangsaan atau bekas pemain kebangsaan negara masing-masing. Kelima, sekurang-kurangnya 20 peratus pemain dalam pasukan perlu datang daripada skuad pelapis,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular