KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 11 Mei 2013

"Kelantan Sonyum lebo" Waghih


piyaafc13
Kelantan berjaya meneruskan momentum kemenangan ketiga dengan jaringan 3 gol selepas berjaya menundukkan Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam tadi.
Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Piya, Indra Putra dan Norfarhan. Kemenangan ini membolehkan Kelantan memintas pasukan lain ke kedudukan 6 tangga liga buat sementara waktu sebelum keputusan muktamad perlawanan pasukan lain pada malam ini. Melihat kepada kebangkitan Kelantan, tidak mustahil selepas ini Kelantan mampu mengidam tempat ke 3 liga atau sekurang-kurangnya berada dalam kelompok 5 pasukan teratas sepanjang mei ini.
Dalam kegembiraan ini, ada juga kekecewaan dengan sikap segelintir penyokong yang suka memperlekeh pemain dengan "menboooo" pemain sendiri. Jika tidak dikawal sikap seperti ini boleh merosakkan semangat para pemain yang sentiasa bertungkus lumus mencipta kemenangan meskipun kepenatan kerana kepadatan jadual perlawanan sebelum ini.
Ayuh kita bersama-sama berganding bahu membangkitkan kembali semangat perjuangan The Red Warriors dalam 5 lagi baki perlawanan yang ada. Pantang The Red Warriors mengaku kalah sebelum tamat liga. GOMO KELATE GOMO..

1 ulasan:

  1. Samo2 support player kito..jgn boooo...naye bohhh

    BalasPadam

Catatan Popular