KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 5 Mei 2013

Pemain TRW Terima Lot Tanah



Sebahagian pemain Kelantan bergambar bersama sejurus menerima lot tanah semalam. Hadir sama, Setiausaha Agung Kafa, Azman (dua,kiri) dan Mohd Nasir (tiga, kiri).
PENANTIAN pemain The Red Warriors (TRW) untuk menerima ganjaran berupa lot tanah di akhirnya terlerai apabila mereka imbuhan tersebut daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), semalam.
Seramai 25 pemain dan pegawai pasukan yang membantu Kelantan menjulang kejuaraan tiga piala musim lalu menerima lot tanah masing-masing yang bakal dibangunkan sebagai Perkampungan Bola Sepak TRW berhampiran
Kolej Matrikulasi Kelantan di Kok Lanas, semalam.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, tanah yang mempunyai keluasan empat hektar itu akan turut dibina dengan beberapa kemudahan lain seperti rumah kelab, kolam renang dan gimnasium khusus untuk kegunaan pemain bola sepak Kelantan.
“Selain itu turut diwujudkan stadium astroturf dan padang asli yang turut dibuka kepada orang ramai. Kita juga mempunyai sebuah kompleks sukan TRW bagi aktiviti Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) termasuk kemudahan asas lain.
“Jalan-jalan di perkampungan ini akan dinamakan Jalan Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super di atas kejayaan menjulang tiga piala itu musim lalu. Malah bangunan  yang terdapat di kawasan ini akan dibina berkonsepkan
bola sepak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada majlis cabutan dan penyerahan lot tanah tersebut di Kafe TRW Station, di sini semalam. Hadir sama Naib Presiden, Datuk Ismail Md Noor; Bendahari, Nik Aminaldin Datuk Nik
Jaafar dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah.
Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak dan pemain import Nigeria, Obinna Nwaneri yang tidak mendapat lot tanah itu bagaimana pun akan menerima pampasan dalam bentuk wang tunai mengikut harga semasa tanah tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, pengagihan lot tanah tersebut dilakukan berdasarkan beberapa kriteria tertentu dan dibahagikan kepada tiga kategori melibatkan ‘cap’ pemain beraksi bersama pasukan sepanjang musim lalu.
“Hari ini kita menyempurnakan ganjaran ini kepada pemain dan pegawai pasukan. Sebenarnya proses ini mengambil masa yang panjang dan masih dalam peringkat menyiapkan lakaran pelan untuk dijadikan sebuah perkampungan bola sepak.
“Kita diambil kira banyak faktor termasuk soal kesetiaan pemain bersama pasukan. Macam Azizi Matt Rose, dia hanya beraksi satu perlawanan dan Azlan Ismail pula jarang-jarang diturunkan namun mereka tetap terima ganjaran ini kerana bersama pasukan pada musim lalu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular