KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 8 Mei 2013

Indra Putra dan Piya bantu Kelantan lonjak satu anak tangga liga

indra2013felda
aKELANTAN 3-0 FELDA UNITED
Jaringan 2 gol Indra Putra pada minit 31 dan 37 telah membantu memberi semangat kepada pemain lain untuk menggandakan asakan dan memperkukuhkan jentera pertahanan daripada dibolosi pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua Felda United meneruskan rentak serangan ke kubu Kelantan, namun berjaya dipertahankan dengan baik oleh barisan pertahanan Kelantan Obinna dan Nik Shahrul sepanjang 90 minit perlawanan sehinggalah Piya menambah gol sengsara kepada Felda United dalam masa tambahan separuh masa kedua. Keputusan muktamad Kelantan menang bergaya digelanggang sendiri meskipun dipaksa berkerja keras sepanjang 90 minit perlawanan.
Kelantan kini melonjak satu anak tangga iaitu daripada tangga ke 9 telah naik ke tangga ke 8, harapan Kelantan untuk meletakkan diri dalam kelompok 5 pasukan teratas masih lagi terbuka berdasarkan baki 6 perlawanan yang ada.
Biarpun suasana pilihanraya masih lagi hangat, sokongan padu penyokong Kelantan sedikitpun tidak menjejaskan sokongan seluruh penyokong The Red Warriors untuk kembali bersatu sebagai satu sorakan penyokong Kelantan yang tercinta. Teruskan memberi sokongan padu The Red Warriors. GOMO KELATE GOMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular