KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 4 Mei 2012

SSBJ Ikat President Warriors.


Laluan President Warriors ke pentas suku akhir semakin tipis apabila sekadar seri 1-1 dengan SSBJ di Stadium Mini Penjara, Pengkalan Chepa, petang tadi.


Turun selaku tuan rumah, anak buah Hashim Mustapha gagal melaksanakan tugas untuk mendapatkan tiga mata selepas dikekang habis-habisan oleh pemain SSBJ.

Biarpun mendominasi sebahagian besar padang perlawanan, Kelantan buntu mencari jaringan yang dimahukan pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan akhirnya berjaya melakar jaringan pertama melalui Khairul Izuan Rosli pada minit ke-54.

Bagaimanapun kedudukan tersebut tidak kekal lama selepas pemain SSBJ berjaya menyamakan kedudukan selang sepuluh minit kemudian.

Jaringan penyamaan tersebut menyebabkan barisan pemain Kelantan tertekan mencari jaringan tetapi pelawat  lebih kental menahan segala asakan untuk membawa pulang satu mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular