KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 13 Mei 2012

Impak Rizal Fahmi.


Tanya siapa sahaja peminat The Red Warriors akan pemain pertahanan tempatan terbaik pilihan mereka, pastinya nama Daudsu Jamaluddin meniti di bibir dan terlintas di fikiran.


Namun, pasti ramai tidak bersetuju jika nama Rizal Fahmi diangkat menjadi wira pasukan Kelantan pada beberapa pertemuan terakhir tetapi ini hakikat yang seharusnya diterima.

Rizal Fahmi membuktikan dia sudah kembali pada prestasi sebenar dibawah kendalian jurulatih, Bojan Hodak.

Jika sebelum ini, apabila diturunkan pada sesuatu aksi sama ada di gelanggang sendiri ataupun di luar negeri, nama pemain ini menjadi satu cemuhan daripada para penyokong yang hadir ke stadium.

Tetapi, dengan kekuatan yang dimiliki, kawalan kemas bersama Obinna selain pantas melakukan terjahan kembali meletakkan nama Rizal Fahmi sebaris dengan pemain pertahanan terbaik yang pernah dikeluarkan pasukan Kelantan.

Dia bukan sahaja bergandingan dengan baik untuk mengawal kubu terakhir dari dibolosi pihak lawan malahan berhasil menjaringkan gol cantik apabila naik membantu melakukan serangan.

Biarpun kadangkala masih melakukan kesilapan sama seperti biasa namun persembahan yang diberikan pada lima perlawanan terakhir memang wajar menerima pujian daripada seluruh warga penyokong Kelantan.

Diharapkan Rizal terus menerus mengekalkan konsentrasi dan menggunakan setiap kepercayaan yang diberikan Bojan dengan persembahan cemerlang seterusnya membantu The Red Warriors membawa balik seberapa banyak kejuaraan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular