KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 3 Mei 2012

Empat Pemain Dipanggil Ong Kim Swee.

 

Empat pemain President Warriors dipanggil menyertai sesi ujian bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan kendalian Ong Kim Swee.


Menurut Pengurus Pasukan, Encik Yusri, keempat-empat pemain tersebut iaitu Syazwan Yusoff, Faizol Nazlin, Norsyahrul Hawari serta Shahiran Mohd Zain diminta melaporkan diri ke kem kebangsaan bermula 7 sehingga 16 Mei ini.

Jika tiada aral, mereka akan menyertai panggilan tersebut dan kemungkinan besar bakal terlepas dua perlawanan Piala Presiden menentang Kedah dan Sime Darby yang berlangsung pada 7 dan 10 Mei.

Sebelum ini, Syazwan pernah dipanggil menyertai skuad kebanggsaan tetapi tidak dipilih namun dengan panggilan terbaru menunjukkan pihak skuad bawah 23 tahun negara masih konsisten memilih pemain kelahiran Kelantan ke dalam skuad kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular