KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 24 Mei 2012




Kelantan Terus Cipta Sejarah dan Kelas Tersendiri

rizalafc

Kelantan yang pertama kali muncul di pentas AFC berbanding Terengganu yang mempunyai pengalaman, Kelantan berjaya mencipta kelasnya tersendiri apabila berjaya menyamai rekod yang dipegang Selangor dan Kedah dengan mara ke peringkat suku akhir Piala AFC. Siapa sangka sebuah pasukan yang sering diperlekeh wartawan media dan menerima layanan buruk pengurusan FAM, akhirnya berjaya membuktikan sebaliknya kepada pengkritik mereka.
Jaringan kelas dunia berjaya dihasilkan Rizal Fahmi menerusi sepakan percuma kencang tepat ke dalam gol dan Norfarhan mempamerkan aksi bertenaga menjaringkan gol seawal minit ke 2 dan gol kedua sudah cukup untuk dirinya menebus kekecewaannya tidak dapat beraksi dalam perlawanan final Piala FA sabtu lalu.
Jika dilihat pada pengalaman sudah pasti Kelantan tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pasukan pilihan mara ke peringkat suku akhir, namun dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa, pengurusan KAFA, semua pemain dan yang paling penting seluruh penyokong The Red Warriors, kini Kelantan menjadi 8 pasukan terbaik Piala AFC.
Meskipun pada peringkat awal Kelantan hanya meletakkan sasaran melepasi peringkat kumpulan dengan kemenangan ke atas Terengganu malam tadi, Kelantan mula menyasarkan sasaran melepasi suku akhir yang akan berlangsung pada bulan september nanti dan Kelantan berpeluang memperkasakan barisan pemain bagi menghadapi saingan yang akan diundi kelak.
Tahniah kepada barisan pengurusan KAFA, semua pemain dan seluruh penyokong Kelantan yang sentiasa menggembleng tenaga memastikan kejayaan demi kejayaan dicipta Kelantan biarpun pelbagai ranjau duri yang diwujudkan bagi menyekat kehebatan Kelantan. Sokongan padu secara kolektif daripada semua pihak telah menjadikan Kelantan satu-satunya pasukan yang mempunyai pakej lengkap impian syarikat-syarikat penaja seluruh Malaysia.
Tahniah kepada pasukan dan penyokong paling bernilai di Malaysia. GOMO KELATE GOMO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular