KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 5 Mei 2012

Laporan Ringkas : Singa Hilang Taring.


Kelantan bangkit pada babak kedua untuk menewaskan Lions XII 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Turun dengan misi mendapatkan tiga mata, Kelantan bermula garang apabila dikurniakan sepakan penalti seawal minit ke-4 setelah Norfarhan Mohamad dikasari didalam kawasan Lions.


Bagaimanapun, Norshahrul Idlan Talaha melepaskan peluang melakar jaringan pertama apabila sekadar menyepak lemah kearah penjaga gol Sang Singa, Hyrulnizam Jumaat.


Khairul Fahmi jelas menjadi duri dalam daging kepada barisan pelawat apabila percubaan bahaya yang dilakukan dari jarak dekat pada minit ke-26 berjaya ditepis keluar.

Selang tidak beberapa lama kemudian, penjaga gol nombor satu Kelantan dan kebangsaan itu sekali lagi menampilkan aksi "super save" menggagalkan cubaan yang dilakukan penyerang Lions.


Pada babak kedua, Sang Kijang merubah corak permainan dengan memasukkan Rizal Fahmi dan Indra Putra Mahayuddin.

Kemasukan dua pemain ini jelas membantu apabila bermula dari gerakan Norshahrul Idlan Talaha, hantaran lintang penyerang Sang Kijang tersebut pantas disudahkan dengan aksi akrobatik S. Chanturu untuk jaringan pertama pada minit ke-73.

Kelantan terus selesa didepan pada minit ke-77 selepas gerakan cantik bermula dari Indra Putra membenarkan Badri Radzi melakukan satu lorongan menarik untuk disudahkan dengan rembatan lencong Norfarhan Mohamad.

Rizal Fahmi melengkapkan malam gemilang The Red Warriors apabila rembatan kencang dari luar kotak penalti terus menerjah jaring, menggamamkan Hyrulnizam Jumaat buat kali ketiga pada minit ke-85.

Lions XII sebenarnya mampu mendapatkan jaringan sagu hati pada saat akhir melalui tandukan Haris Harun namun Khairul Fahmi sempat melayangkan badan menepis keluar untuk kedudukan kekal tiga jaringan tanpa balas sehingga ke wisel penamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular