KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 2 Mei 2012

Obinna Bakar Semangat Pemain, Penyokong.


Pemain pertahanan import Kelantan, Obinna Nwaneri layak dinobatkan pemain terbaik perlawanan apabila melakar satu jaringan ketika membantu Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA 2012.


Jaringan yang dilakukan melalui tandukan kencang dari jarak dekat selepas menerima hantaran sepakan sudut Indra Putra bukan sahaja menaikkan semangat pemain malahan mengembirakan hampir 4000 penyokong setia yang bertandang ke Stadium Darul Aman.

Pujian juga diberikan kepada pemain ini kerana satu hantaran ke dalam kotak penalti turut membuka ruang kepada Ghaddar untuk meledak gol kedua dan gol penyamaan kepada The Red Warriors selepas ketinggalan dua jaringan kepada Kedah pada babak pertama.

Obinna yang digelar kereta kebal Kelantan nyata menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya di pentas antarabangsa untuk membantu Sang Kijang.

Dia membuktikan bahawa selagi wisel perlawanan belum ditamatkan, para pemain perlu berusaha keras untuk mencatatkan kejayaan bermakna di hujung saingan.

Rata-rata penyokong yang ditemui selepas perlawanan begitu teruja dengan komitmen dan dedikasi tinggi pemain ini mengembleng tenaga bersama pemain lain untuk melakukan serangan.

Nyata dia bakal menjadi kunci kepada kejayaan pasukan Kelantan pada perlawanan seterusnya termasuklah perlawanan akhir yang dijangka akan dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil pada 19 Mei depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular