KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 3 Mei 2012

Satu Mata Sudah Cukup - Sundram


Satu mata sudah cukup buat Lions XII apabila bertandang ke Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu untuk aksi Liga Super 2012, Jumaat ini.


Menurut ketua jurulatih, V. Sundramoorthy  kepada Media Singapura, The Red Warriors merupakan sebuah pasukan yang mempunyai sorakan penyokong fanatik, jelas sekali mereka menjadi pasukan pilihan pada pertemuan tersebut.

Para pemain Lions bertanggungjawab penuh untuk meningkatkan permainan mereka pada aksi yang akan dilangsungkan di arena lawan, jelasnya.

Justeru itu, kita berharap mampu mencatatkan keputusan seri dan mengutip satu mata pada pertemuan di Kota Bharu.

Pada waktu ini, Lions berada di kedudukan teratas dengan mengumpul 36 mata berbanding Kelantan hanya mampu mendapatkan 31 mata tetapi Sang Kijang mempunyai kelebihan 3 perlawanan ke atas Singa tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular