KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 5 Mei 2012

Azlan Ismail Turun Aksi Pertama.


Setelah sekian lama menanti, Azlan Ismail akhirnya mendapat peluang beraksi dalam perlawanan Liga Malaysia apabila dimasukkan ketika kejayaan besar Kelantan keatas Lions XII di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Satu saat paling bahagia buat pemain yang sekian lama gagal menempatkan diri dalam pasukan selepas mengalami kecederaan berpanjangan sejak musim lepas.

Dia dimasukkan pada penghujung babak kedua bagi mengantikan Norshahrul Idlan Talaha dan berhasil menunjukkan persembahan baik biarpun dilihat masih belum biasa dengan taktikal Bojan Hodak.

Sumbangan yang diberikan pemain ini sedikit terhad tetapi dengan penampilan pertama selepas beberapa bulan tidak beraksi dalam perlawanan kompetetif, Azlan dilihat calon yang layak untuk mengisi kekosongan penyerang The Red Warriors pada masa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular