Dua pemain import, Obinna Nwaneri dan Keita Mandjou dikekalkan Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA) untuk saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.
Menurut sumber RedsfcNews, Obinna dijangka akan menandatangani kontrak baru bersama The Red Warriors manakala Keita pula mempunyai baki kontrak setahun selepas ditandatangani dari Pune FC beberapa bulan lepas.
Kedua-dua pemain dijangka akan menjadi nadi penting kepada Kelantan untuk menghadapi saingan yang lebih mencabar dalam misi mempertahankan kejuaraan yang telah dimenangi pada tahun ini.
Obinna sudah membuktikan kredibiliti apabila beraksi cemerlang sepanjang musim 2012 dan membantu Sang Kijang mencipta kejuaraan Treble selain mara ke suku akhir AFC.
Sementara itu, Keita Mandjou pula ditandatangani untuk Piala AFC tempoh hari masih tidak dapat membuktikan sentuhan apabila tidak melalui perlawanan sebenar kerana masalah teknikal.
Justeru itu, dengan baki kontrak yang ada, Keita mesti menampilkan satu sentuhan berbisa seterusnya memikat hati penyokong setia seperti mana dilakukan oleh Ghaddar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan