TEKAD
untuk membawa Kelantan ke pusingan akhir Piala Malaysia 2012, peledak
berbisa The Red Warriors (TRW), Norshahrul Idlan Talaha menepis dakwaan
yang mengatakan beliau bakal berhijrah ke Johor, musim depan.
Masih
terikat kontrak selama setahun dengan juara Liga Super itu, Norshahrul
yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo menegaskan tumpuannya kini
hanyalah kepada skuad Kijang.
“Saya
masih terikat kontrak selama setahun bersama Kelantan. Jadi tiada isu
sama ada saya bersetuju ataupun tidak untuk berhijrah ke pasukan lain,”
katanya kepada Sinar Harian melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS),
semalam.
Sebelum ini, Mat Yo bersama
dua lagi pemain Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Nurul Azwan
Roya dilaporkan disunting bekas juara Piala Malaysia 1991, Johor untuk
beraksi dalam kancah Liga Perdana musim depan.
Malah
dalam laporan itu juga menyatakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
(PBNJ) bersedia berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
bagi membolehkan Mat Yo mendapat pelepasan untuk menyarung jersi Johor.
Dalam masa sama, turut ditanya adakah beliau berhasrat untuk mengubah haluan, Mat Yo bagaimanapun enggan menggulas lanjut.
“Belum tahu lagi, tumpuan saya sekarang hanya untuk Piala Malaysia dan juga Piala Suzuki AFF,” katanya.
Dalam
perkembangan lain, hanya berserah kepada rezeki, Daudsu tidak mahu isu
perpindahan mengganggu tumpuannya dalam mengharungi saingan separuh
akhir Piala Malaysia.
Enggan mengulas
lebih lanjut mengenai hala tuju masa depannya, tonggak pertahahan TRW
itu mengakui banyak hati yang perlu dijaga.
“Tumpuan
saya hanya untuk Kelantan dan fokus bagi mencapai misi treble musim
ini. Jadi, buat masa ini saya tidak fikir untuk kemana-mana lagi,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan