Kelantan bangkit dari ketinggalan dua jaringan untuk mengikat Felda
United 2-2 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu seterusnya mara
ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2012 hasil kemenangan agregat
4-3.
Beraksi di kandang sendiri, Kelantan longlai pada awal babak apabila
seringkali menerima ancaman dari pasukan pelawat sebaik wisel dibunyikan
pengadil perlawanan.
Meletakkan gandingan serangan Afiq Azmi dan Ghaddar, tidak banyak
percubaan berjaya diatur kecuali satu percubaan dari Mohd Badri Radzi
dari jarak dekat meleret keluar pada pertengahan babak pertama.
Felda United pula dilihat lebih menyerlah apabila tindakan E.Elevarasan
meletakkan empat pemain serangan membuahkan hasil lumayan dengan
pelbagai corak serangan berjaya diatur ke arah kubu The Red Warriors.
Usaha mereka berhasil selepas Mickael Antoine Curier menyambar hantaran
rendah dari sebelah kanan untuk jaringan pertama perlawanan pada minit
ke-41 .
Kedudukan mereka semakin kukuh pada minit ke- 55 setelah gerakan dari
kawasan tengah Nidzad Ayub membuka laluan kepada Farderin Kadir
melakukan satu sepakan leret tertampan kaki Mafry Balang seterusnya
menerjah jaring.
Tertekan dengan dua jaringan pelawat, Sang Kijang cuba mengatur serangan balas untuk mencari jaringan pertama.
Selepas melakukan asakan bertubi-tubi, Kelantan akhirnya merapatkan
kedudukan pada minit ke-72 melalui jaringan Norfarhan Mohamad selepas
memanfaatkan keadaan kelam kabut dalam kotak penalti Felda.
Ketika perlawanan hampir menuju masa tambahan, Mohamad Ghaddar muncul
wira apabila gerakan yang dicipta bersama Nurul Azwan Roya disepak
kencang dari sudut sukar untuk menyamakan kedudukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan