KAFA hantar surat bantahan kepada FAM, tiga tonggak masih ada kontrak bersama TRW
KOTA
BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menafikan ketiga-tiga
tonggak utama mereka bakal mengubah haluan dengan menyarung jersi Johor
pada saingan Liga Malaysia musim depan.
Sambil
menyifatkan berita mengenai penghijrahan pemain tersebut tidak berasas,
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim menegaskan kesemua mereka masih
mempunyai kontrak beraksi dengan The Red Warriors setakat ini.
“Mat
Yo (Norshahrul Idlan Talaha) mempunyai ikatan dengan Kelantan sehingga
tahun depan manakala kontrak Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Nurul Azwan
Roya pula hanya akan berakhir November nanti,” katanya ketika dihubungi
Sinar Harian semalam.
“Kita sudah
menghantar surat (penawaran kontrak) kepada semua pemain pada Julai
lalu. Jadi kita masih dalam proses berunding dengan mereka sama ada
berminat atau tidak untuk terus kekal bersama Kelantan. Tiada
perbincangan mengenai perpindahan, jadi mereka kekal bersama kita
setakat ini.
“Jadi tidak adil
kenyataan sedemikian dikeluarkan sedangkan Liga Malaysia 2012 sendiri
masih belum berakhir. Ini sebenarnya melanggar kod etika yang ditetapkan
oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.
Semalam,
sebuah akhbar tempatan melaporkan ketiga-tiga pemain berkenaan
disunting bekas juara Piala Malaysia 1991 itu untuk beraksi dalam kancah
Liga Perdana musim depan.
Malah
dalam laporan itu juga menyatakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
(PBNJ) bersedia berbincang dengan Kafa bagi membolehkan Norshahrul
Idlan, penyerang yang merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP)
100Plus-FAM pada 2010 dan 2011 mendapat pelepasan untuk menyarung jersi
Johor.
Dalam perkembangan berkaitan,
Azman berkata, pihak Kafa akan menghantar surat kepada badan induk bola
sepak kebangsaan dalam masa terdekat sebagai membantah kenyataan yang
disifatkan melanggar peraturan itu.
“Saya
tidak berminat untuk berbalas kenyataan di media. Tetapi sebagai
seorang bekas pemain profesional, Fandi (Ahmad) (Pengurus Pasukan Johor)
tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Ia boleh mengganggu tumpuan pemain kita yang sedang beraksi dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia ketika ini.
“Apa jua keadaan mereka kena ikutlah saluran yang betul dan merujuk kepada Kafa.
“Saya
harap pasukan lain pun bersabar sebelum mereka mengumumkan nama pemain
baru masing-masing sehinggalah musim Liga Malaysia berakhir 20 Oktober
ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan