Ramzul Zahini Adenan dilaporkan menerima tawaran dari pasukan Lembah Klang untuk aksi Liga Malaysia 2013.
Menurut sumber kepada RedsfcNews, nama Ramzul mendapat perhatian daripada ketua jurulatih Selangor dan kelab Selangor PKNS.
Setakat ini tiada butiran lanjut
dikeluarkan tentang status perpindahan Ramzul namun khabarnya tawaran
rasmi telah dikeluarkan kepadanya untuk berpindah ke sana.
Pemain ini pernah dikaitkan dengan
Selangor pada awal musim 2012 tetapi memilih untuk kekal bersama
Kelantan seterusnya mencapai kejuaraan Treble pertama dalam karier.
Dia merupakan produk dari skuad liga
simpanan Kelantan, mencipta nama pada awal pembabitan bersama skuad
senior tetapi mendapat kecederaan serius dibahagian lutut sehingga
tersisih selama beberapa bulan.
Sekembalinya bersama skuad The Red
Warriors, dia gagal mendapat lebih peluang beraksi dalam skuad utama
kerana dibayangi penyerang lain seperti Norshahrul Idlan Talaha,
Norfarhan dan Indra Putra.
Ramzul semakin sukar menembusi
kesebelasan pertama selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuka
kembali pintu kemasukan untuk pemain import.
Pada Piala Malaysia 2012, Ramzul terus tidak terpilih ke dalam skuad utama setelah KAFA mendapatkan Afiq Azmi dari Kuala Lumpur secara pinjaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan