KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 29 Oktober 2012

Badri Paling Berjaya

Mohd Badri Radzi


KETUA pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi kini menjadi kapten paling berjaya dalam sejarah bola sepak negeri itu selepas berjaya mengemudi The Red Warriors meraih treble musim ini.
Selain mara ke suku akhir saingan Piala Konfederasi Bola Sepak (AFC) pada penampilan pertama, perancang tengah kreatif itu memastikan kabinet Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) musim ini lengkap dengan tiga trofi yang menjadi rebutan kancah bola sepak tempatan iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super.

Kali terakhir pasukan yang meraih treble adalah Kedah pada 2008 selepas turut menjulang tiga piala.
Lebih membanggakan pemain berusia 30 tahun itu, tiga gol yang dihasilkan Kelantan dalam pentas final Piala Malaysia malam kelmarin berpunca daripada hantarannya yang membolehkan Norshahrul Idlan Talaha meledak dua gol diikuti jaringan kemenangan Indra Putra Mahayuddin pada masa tambahan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang lain kerana mencipta sejarah malam ini (malam kelmarin) dengan meraih treble buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan. Kejayaan yang diraih musim ini adalah sesuatu yang membanggakan,” katanya.

Tambahnya, semua pemain Kelantan jelas memberikan aksi bertenaga sepanjang perlawanan termasuk ketika masa tambahan 30 minit bagi memastikan Piala Malaysia kembali dirampas selepas dimenangi Negeri Sembilan musim lalu.

Namun dia mengakui kemenangan ke atas juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikendalikan bekas jurulatih Kelantan, B Sathianathan bukan sesuatu yang mudah.

“Pada 10 minit pertama kami bermain secara berhati-hati sehinggalah mendapat gol pertama namun kami terlalu yakin sehingga membenarkan ATM kembali menyamakan kedudukan (dua kali). Jadi saya harap pada musim depan kami akan terus memberikan aksi yang lebih baik,” katanya.

Kejayaan tiga piala musim ini melengkapkan transformasi Kelantan yang dimulakan Presiden Kafa yang kini menjalani penggantungan Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa bermula dengan gelaran naib juara Piala Malaysia dan FA pada 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular