KOTA
BHARU – “Hubungan kami bukan lagi rahsia.” Itu pengakuan penjaga gol
kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ditanya status terkini hubungan
beliau dengan model jelita, Nur Eiluniey Natasha Nazri atau Luniey.
Khairul
Fahmi atau dikenali Apex mengakui hubungan beliau dengan model
SimplySiti berusia 21 tahun itu kini melangkah ke fasa yang sangat
istimewa sebagai pasangan kekasih.
“Seperti
mana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, saya akui kebenaran
cerita tersebut. Memang tak dinafikan hubungan saya dengan dia bukan
lagi sekadar kawan biasa. Dalam erti kata lain, hubungan kami ini lebih
daripada itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
“Saya
kenal dia apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi
SimplySity beberapa bulan lalu. Selepas itu, kami mula berkawan rapat
sehingga mencetuskan hubungan istimewa ini.
“Mengenai
perancangan untuk berkahwin, saya berserah kepada ALLAH SWT. Yang
pasti, saya akan beritahu kepada semua pihak. Saya tak akan sembunyikan
perkara yang baik ini. Lagi pun keluarga kedua-dua belah pihak juga
merestui perhubungan ini,” katanya.
Sebelum
itu, gosip hubungan antara Apex dengan Luniey bertebaran sejak beberapa
bulan lalu tetapi dinafikan oleh pasangan tersebut. Namun baru-baru
ini, sebuah blog hiburan memaparkan gambar mereka sekali gus mengukuhkan
dakwaan kedua-duanya mempunyai hubungan yang istimewa selama ini.
Penjaga
gol berusia 23 tahun itu berkata, sudah tiba masanya beliau membuat
pengakuan terbuka mengenai hubungan istimewanya dengan Luniey bagi
mengelakkan disalah tafsir banyak pihak.
“Sebelum
ini orang sering anggap saya sebagai playboy, apabila saya keluar
dengan perempuan itu, perempuan ini. Bila saya beritahu perkara ini,
saya harap orang akan faham dan tidak akan bercakap perkara yang
bukan-bukan mengenai kami,” katanya.
Mengulas
sejauh mana perhubungan mereka, Apex berkata, Luniey seorang wanita
yang begitu memahami karier bola sepak beliau dan tidak sesekali
mengganggu tumpuannya sama ada ketika mempunyai tugasan bersama skuad
Kelantan atau pun kebangsaan.
“Kami
sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya dengan bola sepak, dia pula
dengan perniagaan butik pengantinnya. Hanya telefon dan medium internet
menjadi penghubung di antara kami ketika ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan