Pertemuan akhir Piala Malaysia melawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Sabtu depan merupakan detik sukar bagi semua pemain dan pihak pengurusan
Kelantan kerana lawan yang bakal dihadapi dilihat bersedia dari segi
mental dan fizikal untuk mengejutkan Sang Kijang.
Kelantan yang kini dalam misi memungut tiga kejuaraan semusim pastinya tidak rela mahkota yang diidamkan terlepas kepada ATM.
Tetapi mereka perlu akui tugasan kali ini sangat sukar dan mungkin tidak
mencapai sasaran andai gagal mencipta jurang awal keatas pasukan lawan.
Bagaimanapun, ketua jurulatih The Red Warriors, Bojan Hodak yakin pasukan kendaliannya dapat menjulang kejuaraan Piala Malaysia.
Mengakui kesukaran menentang ATM, Bojan tetap optimis barisan pemain
sedia ada dapat meneruskan rekod bersih keatas pasukan kendalian B.
Sathianathan tersebut.
Biar kehilangan dua tonggak harapan akibat pengantungan perlawanan,
beliau yakin pemain lain yang mengisi skuad Kelantan bersedia untuk
mencapai kejuaraan ketiga selepas Liga Super dan Piala FA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan