Nampaknya provokasi sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala
Malaysia semakin teruk apabila ada pula seorang penyokong Selangor
melontarkan kata-kata berbaur ancaman dan ugutan untuk penyokong
Kelantan.
Apa tidaknya, individu tersebut dalam laman sosial Facebook bernama
Rahar Marcello mengugut akan membakar bendera negeri Kelantan seandainya
Selangor berjaya menewaskan Kelantan seterusnya mara ke perlawanan
akhir Piala Malaysia.
Kata-kata individu ini disifatkan provokasi melampau dan ancaman yang
boleh mendatangkan permusuhan kepada penyokong yang bertandang ke Shah
Alam pada pertemuan yang berlangsung pada 12 Oktober depan.
Berdasarkan carian RedsfcNews akan individu ini menunjukkan bahawa dia
merupakan penyokong Selangor tegar dan seorang anti Kelantan apabila
menulis beberapa posting kurang ajar di laman Facebook Selangor Football
Fans.
Oleh kerana ugutan yang disifatkan terlalu serius, kemungkinan besar
akan ada laporan polis dibuat keatas individu terbabit kerana setelah
diteliti ia boleh memberi ancaman dan mencetuskan perbalahan antara
penyokong selain meningkatkan sentimen kebencian dari kedua-dua
penyokong pada pertemuan Jumaat nanti.
Maklumat dan Posting yang dibuat oleh Rahar Marcello.
|
Ugutan |
|
Ugutan |
|
Profil |
|
Alamat Facebook |
|
Gambar DP Facebook |
|
Anti Kelantan |
|
Anti Kelantan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan