Norsharul |
The Red Warriors berdepan masalah ketiadaan penyerang berkaliber andai melepaskan Norshahrul Idlan Talaha menyertai pasukan lain pada musim hadapan.
Selepas dilaporkan Azlan Ismail dan Ramzul Zahini tidak diperbaharui kontrak, prospek pemergian Norshahrul boleh diibaratkan satu kehilangan yang cukup besar bagi pasukan Kelantan.
Memang benar masih ramai pemain boleh diharapkan bagi mengisi posisi tersebut namun adakah mereka mampu untuk menjadi seperti Norshahrul Idlan yang telah terbukti penjaring prolifik sejak beberapa musim lepas.
Setakat ini, tiada pemain yang boleh diharapkan untuk mengantikan Norshahrul kerana beberapa tonggak luar yang ditawarkan kontrak telah disambar pasukan lain.
Pemain muda dari skuad simpanan seperti Aris Zaidi, Shahiran Zain dan beberapa pemain lagi pula tidak diyakini mampu menjadi penyerang utama The Red Warriors.
Oleh itu, KAFA mesti berusaha dengan mencari rekrut baru pemain seterusnya meletakkan pemain yang dapat mencari jaringan apabila diperlukan.
Pihak pengurusan tidak boleh lagi dengan misi gilap pemain kerana dengan tiga kejuaraan berada dalam genggaman, mereka perlu mengukuhkan skuad untuk mempertahankan piala.
Musim depan adalah begitu berat dan sangat sukar ditambah persaingan serius dari beberapa pasukan negeri lain.
Maka, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu membuat tindakan segera dengan mencari beberapa penyerang yang mampu diharapkan menjaringkan gol andai Norshahrul nekad dengan keputusan untuk berpindah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan