Penyerang berbisa The Red Warriors, Norfarhan Mohamad menjadi taruhan
terbaik Sang Kijang untuk mengecewakan Selangor dalam perlawanan separuh
akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Jumaat depan.
Ketika Selangor mengekalkan rekod bersih di gelanggang sendiri dalam
saingan piala, mereka pastinya tidak memberi laluan mudah kepada Ghaddar
dan Norshahrul untuk membolosi gawang mereka.
Justeru itu, kelibat Norfarhan amat diperlukan kerana dia sudah
membuktikan jika diberi ruang yang cukup luas, gawang pihak lawan pasti
bergegar dengan ledakan kencang.
Dia yang kini menjadi penjaring terbanyak Kelantan dalam saingan Piala
Malaysia dengan 5 gol pasti ingin menambah koleksi jaringan pada
perlawanan di Shah Alam nanti.
Norfarhan yang ditemui pihak media selepas tamat perlawanan separuh
akhir pertama berjanji akan memberikan persembahan terbaik seterusnya
membantu Kelantan mara ke pentas akhir Piala Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan