Bukan lagi rahsia, Johor bakal menawarkan kontrak lumayan kepada tiga
pemain The Red Warriors untuk
beraksi bersama mereka pada musim depan.
beraksi bersama mereka pada musim depan.
Menurut sumber, ketiga-tiga pemain tersebut bukan sahaja ditawarkan gaji
tinggi malah bakal menjadi tonggak utama Harimau Selatan.
Justeru itu, kehadiran Daudsu, Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha dilihat tepat untuk menaikkan kembali nama Johor yang terpinggir sejak beberapa musim.
Namun setakat ini dilaporkan dari kem Sang Kijang, Norshahrul masih
memiliki kontrak dan klausa pelepasan hampir Rm1.5 juta manakala Nurul
Azwan dan Daudsu pula sedang meneliti tawaran untuk menyambung kontrak.
Bagaimanapun, segalanya bakal terjawab selepas tamat Piala Malaysia sama ada ketiga-tiga pemain ini bersetuju untuk bersama mereka.
Sementara itu, Johor yang akan berbelanja besar untuk mengikat beberapa pemain bintang termasuk bertaraf kebangsaan untuk menjadikan mereka pasukan negeri seterusnya mencipta pasukan impian untuk persaingan di Liga Malaysia turut dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi tujuan mendapatkan tiga pemain tersebut
sumber:redsfc news
Tiada ulasan:
Catat Ulasan