Dali Omar |
LEGENDA bola sepak negara, Dali Omar 66,
lantang mengkritik Norshahrul Idlan Talaha apabila menasihatkan ‘pemain
paling bernilai’ itu supaya sedar diri sebelum mengeluarkan kenyataan
mahu mencuba angin baru bersama Johor ketika kontraknya bersama Kelantan
masih berbaki setahun.
Isu
perpindahan penyerang berbisa itu mendapat perhatian Dali malah beliau
menyifatkan kenyataan dikeluarkan Norshahrul atau ‘Mat Yo’ mengguris
perasaan penyokong dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Dali
berkata, Norshahrul tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama
itu ketika kontraknya masih berbaki setahun dan menggambarkan penyerang
kebangsaan itu hanya mahu mengejar wang ringgit.
Katanya, Norshahrul perlu sedar dia berada di mana ketika namanya mula dikenali dan semakin ‘harum’.
“Saya
terkilan apabila dia mengatakan mahu cuba ‘angin baru’ sedangkan
kontraknya masih berbaki setahun bersama Kelantan. Dia perlu sedar di
mana dia naik.
“Dia mempunyai hak
untuk pindah namun biarlah tamat kontrak dulu, barulah pemergiannya
mendapat penghormatan daripada peminat dan pengurusan. Kita perlu ingat
penghormatan seorang pemain bola sepak tidak terletak pada wang
ringgit,” katanya.
Katanya, jika
Norshahrul berkeras untuk berpindah ke pasukan lain, Kafa perlu
melepaskannya kerana tiada guna menyimpan pemain yang tidak mempunyai
kesetiaan malah yakin Kafa mampu mencari pengganti lebih berbakat.
“Memang
dia memberi sumbangan kepada Kelantan pada final Piala Malaysia tempoh
hari tapi jika dia tetap berkeras untuk berpindah, Kafa perlu lepaskan.
Tiada guna simpan pemain yang tidak mempunyai hati kepada pasukan.
“Kepada
Kafa saya nasihatkan carilah bakat baru. Ramai lagi bakat baru berada
di ceruk kampung boleh bermain bola dan saya yakin Kelantan tetap hebat
biarpun tanpa Norshahrul.”
Sebelum
ini, akhbar melaporkan, pasukan Johor sedia menebus kontrak setahun
Norshahrul bersama Kelantan dan menawarkan gaji lumayan hingga RM80,000
sebulan bagi memancingnya menyarung jersi Harimau Selatan musim depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan