KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 18 November 2012

Yusmira Trading Tarik Diri Dari Taja The Red Warrior!


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya musim ini, Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja pasukan itu musim depan.

Keputusan untuk tidak lagi menaja The Red Warriors diumumkan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Datuk Azlan Muhammad dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama adalah peguam syarikat itu Mohd. Rafizi Abdullah daripada Tetuan Rafizi Zubairi & Co.

Azlan berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tajaan dibuat selepas mengkaji implikasi perpindahan tonggak utama The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang mengambil keputusan untuk mengubah haluan ke Johor musim.

"Mat Yo merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan dan keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema (sama kekal atau menarik diri sebagai penaja).

"Akhirnya kami buat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Keputusan ini memang begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.

"Kami orang berniaga, sudah tentu kami tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami," katanya.

Berita penghijrahan Norshahrul yang mendapat jolokan The Linesman membantutkan hasrat syarikat produk kesihatan berasaskan halia yang terkenal itu untuk terus menaja The Red Warriors untuk musim keempat berturut-turut.

Selain Yusmira Trading, turut menaja pasukan Kelantan pada musim ini ialah Sinar Harian, Kumpulan Al-Jabbar, Umbro, Warriors, Masterskill, RW Energy Plus selain Happy selaku penaja utama.

Azlan memberitahu, pihaknya sudah mengadakan perbincangan lanjut dengan peguamnya berhubung isu berkenaan.

Katanya, pihaknya akan menghantar surat untuk tidak menyambung kontrak penajaan kepada pihak KAFA dalam masa terdekat.
"Sejak tiga tahun menjadi penaja untuk The Red Warriors, kami sudah membelanjakan hampir jutaan ringgit semata-mata membantu menyemarakkan senario bola sepak Kelantan.

"Kalau pemain beritahu awal tidak mahu bersama Kelantan enam bulan lalu, itu kami tidak kisah. Tapi tiba-tiba jadi macam ini (mahu berhijrah) sedangkan kontrak masih ada, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada penaja seperti kami," ujarnya.

Tambahnya, tindakan terburu-buru dan tidak profesional sesetengah pemain boleh menyebabkan penaja mengalami kerugian.

"Pemain bukan sahaja perlu akur kontrak mereka bersama pasukan tetapi juga kena hormati barisan penaja yang berada di belakang tabir selama ini," katanya.

KAFA hilang penaja

Norshahrul Idlan Talaha
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya musim ini, Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja pasukan itu musim depan.
Keputusan untuk tidak lagi menaja The Red Warriors diumumkan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Datuk Azlan Muhammad dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.
Hadir sama adalah peguam syarikat itu Mohd. Rafizi Abdullah daripada Tetuan Rafizi Zubairi & Co.
Azlan berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tajaan dibuat selepas mengkaji implikasi perpindahan tonggak utama The Red Warrios, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang mengambil keputusan untuk mengubah haluan ke Johor musim.
"Mat Yo merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan dan keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema (sama kekal atau menarik diri sebagai penaja).
"Akhirnya kami buat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Keputusan ini memang begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.
"Kami orang berniaga, sudah tentu kami tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami," katanya.
Berita penghijrahan Norshahrul yang mendapat jolokan The Linesman membantutkan hasrat syarikat produk kesihatan berasaskan halia yang terkenal itu untuk terus menaja The Red Warriors untuk musim keempat berturut-turut.
Selain Yusmira Trading, turut menaja pasukan Kelantan pada musim ini ialah Sinar Harian, Kumpulan Al-Jabbar, Umbro, Warriors, Masterskill, RW Energy Plus selain Happy selaku penaja utama.
Azlan memberitahu, pihaknya sudah mengadakan perbincangan lanjut dengan peguamnya berhubung isu berkenaan.
Katanya, pihaknya akan menghantar surat untuk tidak menyambung kontrak penajaan kepada pihak KAFA dalam masa terdekat.
"Sejak tiga tahun menjadi penaja untuk The Red Warriors, kami sudah membelanjakan hampir jutaan ringgit semata-mata membantu menyemarakkan senario bola sepak Kelantan.
"Kalau pemain beritahu awal tidak mahu bersama Kelantan enam bulan lalu, itu kami tidak kisah. Tapi tiba-tiba jadi macam ini (mahu berhijrah) sedangkan kontrak masih ada, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada penaja seperti kami," ujarnya.
Tambahnya, tindakan terburu-buru dan tidak profesional sesetengah pemain boleh menyebabkan penaja mengalami kerugian.
"Pemain bukan sahaja perlu akur kontrak mereka bersama pasukan tetapi juga kena hormati barisan penaja yang berada di belakang tabir selama ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121118/su_01/KAFA-hilang-penaja#ixzz2CXRx4iSG
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular