Tirai Piala Emas Raja-Raja edisi ke-72
peringkat kumpulan D dibuka secara rasminya bermula esok melibatkan
saingan Terengganu, Kelantan, Perlis dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
Terengganu dipilih selaku tuan rumah
selepas sebelum ini dilaporkan padang di Kota Bharu tidak dapat
disediakan untuk kejohanan tersebut.
Mereka akan menggunakan dua venue iaitu
di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu dan Padang C,
Kompleks Sukan Gong Badak.
Kelantan yang turun selaku pasukan
pelawat bakal memulakan saingan menentang Perlis pada hari Jumaat, 23
November di Padang C, Kompleks Gong Badak seterusnya menanti Polis pada
keesokan hari, juga pada jam 4.30 petang di tempat yang sama.
Sang Kijang akan menamatkan saingan kumpulan menentang Terengganu pada hari Sabtu, 25 November pada jam 8.30 malam.
Berdasarkan maklumat awal, skuad
Kelantan kali ini mensasarkan kedudukan juara kumpulan seterusnya layak
ke peringkat kalah mati.
Skuad bimbingan Tengku Hazman ini diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman seperti Sani Nawi, Tengku Hasbullah serta pemain dari skuad Piala Presiden dan Piala Liga KAFA.
sumber:redsfc news
Tiada ulasan:
Catat Ulasan