BEBERAPA
nama besar dikaitkan bakal memperkuatkan The Red Warriors bagi
mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim depan jika usaha Persatuan
Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu menjadi kenyataan.
Dua
pemain T-Team iaitu Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri serta
pemain sayap Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zambri merupakan tiga pemain
yang berada dalam radar Kelantan sekarang.
Menurut
sumber dalaman Kafa, rundingan sedang dijalankan untuk membawa masuk
dua pemain pasukan berstatus kelab Pantai Timur itu dan Mohd Khyril bagi
menyarung jersi The Red Warriors musim depan.
“Ia
sebagai usaha untuk menampung kekosongan ditinggalkan beberapa pemain
yang mengambil keputusan berhijrah mewakili pasukan lain dalam Liga
Malaysia musim depan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
“Memang
nama Zairo Annuar (Zailani) dan Mohd Faiz (Subri) berada dalam
perhatian Kafa sebelum kempen Piala Malaysia berakhir baru-baru ini.
Jika menjadi kenyataan, kehadiran mereka pasti memperkukuhkan jentera
serangan pasukan ini.
Menurut sumber
itu lagi, pihak Kafa ketika ini sedang meneliti status ketiga-tiga
pemain tersebut sebelum mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan
pasukan asal masing-masing.
Juara
treble itu kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Mohd Nurul Azwan
Roya yang berhijrah ke Johor, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor),
Azlan Ismail dan S Chanturu (Perak), selain Norshahrul Idlan Talaha yang
juga dikhabarkan berminat mewakili Johor pada musim depan.
Dalam
pada itu, sumber tersebut turut mengesahkan pihak Kafa juga sedang
berusaha untuk memancing Mohd Khyril Muhymeen, yang mana kontraknya
bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berakhir hujung bulan ini.
“Memang
Presiden Kafa (Tan Sri Annuar Musa) ada menghubungi bapa Mohd Khyril
Muhymeen, baru-baru ini untuk bertanya khabar mengenai kedudukan pemain
tersebut dengan Kedah.
“Namun, ia
masih dalam proses rundingan awal memandangkan pemain tersebut sibuk
menjalani latihan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan
Piala AFF Suzuki, penghujung bulan ini.
“Begitu
pun setakat ini, rundingan tersebut menampakkan perkembangan positif.
Kalau Mohd Khyril Muhymeen bersetuju dengan tawaran dikemukakan,
Insya-ALLAH, mungkin dia bersama Kelantan pada musim depan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan