Tan Sri Annuar Musa ada membuat pengumuman tentang empat pemain baru
yang akan menyarung kersi keramat The Red Warriors musim lepas.
Bekas pemain Perak,K.Nantakumar dijangka akan menyertai The Red
Waririors musim depan.Pemain
berusia 35 tahun tersebut merupakan pemain yang berpengalaman dan
berkebolehan bermain di posisi tengah serta pertahanan.Pemain ini bakal
dikenali dengan gelaran 'Otai' dikalangan penyokong-penyokong Kelantan.
Ramai yang tertanya-tanya siapakah dua penyerang yang telah menjaringkan
24 gol untuk musim lepas.Pemain yang dimaksudkan mungkin adalah bekas
pemain T.Team,Faiz Subri dan Zairol namun iainya hanyalah tekaan sahaja.
Kyril Muhaimeen juga dalam senarai tekaan penyokong-penyokong Kelantan
namun 20 November ini bakal merungkai kesemua persoalan ini kerana Tan
Sri Annuar Musa hanya akan mengumumkannya semasa perarakan nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan