KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 2 November 2012

BADDROL BAKHTIAR & KHYRIL MUHAIMEEN JADI BURUAN KELANTAN FA



Khyril Muhaimeen Kelantan FA
Khyril Muhymeen dikatakan calon paling tepat sebagai pengganti Mat Yo yang bakal sertai Johor musim depan. 


JIKA benar Norshahrul Idlan Talaha bakal tinggalkan Kelantan dan menyertai Johor musim depan, penyokong setia The Red Warriors (TRW) tidak perlu panik.

Apa tidaknya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kini sedang mengadakan ’projek’ khas bagi memancing dua ayam tambatan Kedah, Baddrol Bakhtiar (BB7) dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri (KM18) bagi ‘dibawa’ ke Kota Bharu.

Menurut sumber, kelibat pegawai media Kafa yang kini berada di Alor Setar bagaikan memberi petunjuk mereka serius mendapatkan tonggak Hijau Kuning itu.

“Kalau betul Mat Yo mahu meninggalkan Kelantan, apa boleh buat. Tetapi, peminat TRW jangan bimbang, dua bintang Kedah bakal sertai pasukan yang mencipta treble tahun ini.

“Faktor pasukan Kedah yang bermain dalam Liga Perdana musim depan barangkali boleh mempengaruhi fikiran mereka bagi memperkasa cabaran TRW musim 2013.

“Sekiranya berjaya, masalah ketiadaan peledak seperti digembar-gemburkan pihak luar dapat diatasi,” dedah sumber berkenaan kepada Sinar Harian, semalam.

Usaha Kafa tidak boleh dianggap perkara remeh kerana Khyril pernah ditawarkan gaji sebanyak RM22,000 sebelum ini, namun ditolak beliau atas sebab masalah keluarga.

Sementara itu, pemain Harimau Muda, Izuan Salahuddin dikatakan kembali ke pangkuan Kijang selepas gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Ong Kim Swee yang beraksi dalam Liga Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular