KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 23 November 2012

Juara Treble: Kerajaan Kelantan ajak penyokong puasa, berbuka bersama pemain



Kelantan Juara Piala Malaysia 2012
Kelantan Juara Piala Malaysia 2012

BERSEMPENA dengan Jamuan Rakyat dan Iftor Perdana di Stadium Sultan Muhammad ke V Sabtu ini, rakyat Kelantan di saran berpuasa dan bersama-sama berbuka puasa bersama pemain dan pemimpin Kerajaan Negeri.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd Fatah Mahmod berkata, pertukaran masa jamuan itu dibuat memandangkan Sabtu ini jatuh kepada 10 Muharam yang menggalakkan umat Islam berpuasa.

“Oleh itu rakyat dijemput berbuka puasa bersama dan jamuan berlanjutan sehingga 9 malam,” katanya.
Abd Fatah berkata, pelbagai acara pada majlis itu bermula pada jam 3 petang merangkumi pelbagai acara seperti penalti dunia gelap, timbang bola, teka bola selain persembahan dikir Warriors.

Sejurus selepas itu katanya, acara perarakan tiga piala diiringi 500 buah motosikal bersama pemain Kelantan bermula di pejabat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Chica menuju ke Stadium Sultan Muhammad IV.

“Selepas solat isyak, majlis bermula dengan ucapan dari Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disusuli dengan majlis penyampaian pakej umrah, cabutan bertuah motosikal dan penyerahan sijil-sijil kepada kelab penyokong diseluruhi negara,” katanya.

Sehubungan itu, rakyat dijemput hadir memeriahkan majlis yang diadakan setelah Kelantan meraih treble dan Liga Malaysia sekali gus mengharumkan nama Kelantan. — Bernama
Berdasarkan surat jemputan, jamuan akan bermula pada jam 7.30 malam (berbuka puasa).

Jamuan rakyat itu diadakan sebagai menghargai kejayaan Kelantan muncul Juara Piala Malaysia 2012, Juara Piala FA 2012 dan Juara Liga Super 2012.

Kelantan menewaskan ATM 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, 21 Oktober lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular