PENJAGA
Gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengesahkan belum menerima
tawaran daripada mana-mana pasukan dan tidak memasang impian berhijrah
ke pasukan lain musim depan.
Khairul
Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia selesa bersama
pasukan yang kini menjadi gergasi bola sepak negara dan mahu kekal
bersama The Red Warriors (TRW) “Saya masih hormati kontrak bersama
Kelantan yang masih berbaki dua tahun biarpun beberapa rakan lain kini
diburu negeri lain.
“Apapun berita
mengatakan saya mendapat tawaran lumayan daripada pasukan lain hanya
khabar angin. Saya selesa kerana pengurusan Kafa amat efisyen, malah
kami dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dan semua itu terbukti
dengan kejuaraan trebel musim ini,” katanya.
Menurutnya,
jika ada pasukan lain cuba ‘memancingnya’, perkara itu perlu
dibincangkan terlebih dulu antara pengurusan pasukan bagi mengelakkan
spekulasi negatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan