KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 3 Januari 2012


VENUA DIUBAH,REAKSI PELBAGAI PENYOKONG TRW


Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengubah tempat perlawanan merebut Piala Sumbangsih melibatkan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan ke Stadium Nasional Bukit Jalil menerima reaksi pelbagai dari penyokong setia Merah Putih.


Berita pertukaran venue yang diterima daripada pengurus pasukan Kelantan sebentar tadi nyata mengecewakan segelintir peminat kerana sejarah penganjuran kali pertama di tempat sendiri tidak dapat diadakan.

Selain itu, para peminat turut kecewa kerana persiapan yang telah dilakukan akhirnya terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Bagi sesetengah penyokong Kelantan di laman sosial Facebook, perubahan tempat sememangnya sangat sukar untuk diterima selepas segala persiapan dan perancangan telah diatur untuk ke Stadium di Kota Bharu.

Mereka nyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaan kerana ada yang sudah membuat tempatahan tiket penerbangan dan mengambil cuti semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors pada hari perlawanan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak jawatankuasa FAM terpaksa menukar venue kerana keadaan cuaca di negeri Kelantan tidak mengizinkan perlawanan diadakan disini.

Pertukaran ini dilakukan selepas mengambil pandangan daripada pihak Jabatan Kaji Cuaca dan disebabkan itu FAM memutuskan untuk memindahkan pertemuan ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular