KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 25 Januari 2012

Di Mana FAM?


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan keras akan tindakan tidak profesional yang telah dilakukan dua pemain Kedah keatas penyerang Kelantan dalam pertarungan Liga Super 2012, baru-baru ini.


Bagi penulis, selaku badan induk yang menguruskan sukan bola sepak negara, FAM tidak seharusnya berdiam diri dengan insiden yang berlaku.

Tidak mungkin persatuan tersebut tidak mempunyai bukti untuk mendakwa dua pemain Kedah tersebut sedangkan seluruh negara dapat menyaksikan tindakan yang telah dilakukan oleh mereka dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena.

FAM perlu memberi hukuman keras seperti mana yang telah dilakukan oleh FA England kepada pemain Manchester City yang telah dijatuhkan hukuman pengantungan ekoran sikap tidak profesional kepada pemain Spurs.

Itu contoh terdekat dan terbaru yang perlu diambil kira FAM ataupun bakal terus dilabel "BURUK" dimata peminat kerana tidak menjalankan kerja dengan cepat dan pantas jika melibatkan kes yang tidak mendapat tekanan pihak atasan.

Jangan kerana sikap sambil lewa merencatkan terus perjalanan bola sepak negara yang kini dilihat pada tahap paling bawah disebabkan keputusan yang seringkali tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut kepala sesetengah pihak.

FAM juga diminta jangan menjadikan sukan kegemaran nombor satu rakyat Malaysia seperti perjalanan sebuah pertandingan bertaraf amatur. Jangan rosakkan suasana Liga Malaysia yang kini semakin mendapat tempat dihati peminat


sumber:redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular