KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 13 Januari 2012

Tiket Perlawanan Mula Dijual.


Tiket perlawanan Liga Super diantara Kelantan dan PKNS di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu mula dijual petang ini.


Menurut sumber, hanya satu kaunter yang akan dibuka pihak KAFA dan para penyokong boleh mendapatkan tiket-tiket tersebut bermula jam dua sehingga enam petang.

Kepada para penyokong yang tidak sempat hadir, mereka masih berpeluang untuk membeli tiket perlawanan pada hari esok bermula jam 9 pagi sehingga masa perlawanan.

Harga tiket bermula RM15 untuk tempat duduk terbuka, RM20 untuk astaka batu dan RM30 untuk tempat duduk utama.

Sementara itu, para penyokong Kelantan yang ingin mendapatkan pas bermusim boleh hadir ke wisma KAFA untuk urusan pendaftaran.

Setakat ini pakej pas bermusim astaka berharga RM700 sudah habis ditempah manakala pakej terbuka (RM300) dan pakej astaka utama (RM1200) masih boleh didapati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular