KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 5 Januari 2012

Ringkas: Pemain Kelantan Mula Latihan Ringan.

Kem Kelantan mengadakan sesi latihan ringan petang tadi sebagai langkah persiapan sebelum sepak mula menentang Negeri Sembilan dalam Piala Sumbangsih, Sabtu ini.


Menurut Tan Sri Annuar Musa di laman sosial Facebook, skuad The Red Warriors melakukan senaman aerobik selepas selesai dari bengkel nutrisi dan pemakanan yang diadakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Semua pemain dan pegawai pasukan turut serta dalam program yang diadakan di padang latihan di hotel penginapan pasukan.

Sementara itu, The Red Warriors akan mengadakan beberapa lagi aktiviti termasuk kem motivasi kepada pemain sebelum turun perlawanan mempertahankan trofi Piala Sumbangsih.

sumber:redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular