KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 31 Januari 2012

Samad Okocha Sertai TRW.


Penyerang berasal dari Ghana, Samad Abdul Awudu atau Samad Okocha dijangka tiba di Kota Bharu esok untuk menyertai The Red Warriors.


Menurut maklumat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, Okocha bakal menyertai latihan pasukan sebelum bersama Obinna Nwaneri beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan kelab Singapura, Balestier Khalsa FC.

Pemain yang berumur 27 tahun ini merupakan produk dari kelab Ghana, Hearts of Oaks dan berjaya merangkul kejuaraan dalam Liga Ghana pada tahun pertama bergelar pemain profesional.

pada tahun 2003, dia telah dijual kepada kelab Austria Bundes Liga dan beraksi beberapa perlawanan sebelum dilepaskan kepada FC Senec untuk semusim.

Selepas itu, Okocha berhijrah ke Liga Israel selama beberapa tahun dan kelab terakhir dia disana ialah Hapoel Ramat Gan.

Beraksi di posisi serangan, dia turut pernah mewakil Ghana pada usia 17 tahun dalam kejohanan peringkat dunia.

Sepanjang bergelar pemain profesional, Samad Abdul Awudu Okocha melakar 58 gol untuk tujuh pasukan berbeza.

Dengan kehadiran Okocha, pihak pengurusan Kelantan berharap dia mampu menunjukkan aksi terbaik untuk memperbaiki penyudah tumpul di bahagian serangan pasukan Kijang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular