KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 13 Januari 2012

Kelantan Guna Logo, Jersi Baru.


The Red Warriors akan menggunakan jersi dan logo baru dalam perlawanan Liga Super menentang PKNS FC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Logo tersebut dilancarkan secara rasminya oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa pada 31 Disember bakal digunakan pasukan Kelantan untuk saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Menurut sumber, logo tersebut akan diletakkan pada jersi terbaru Kelantan berjenama Warriors dan akan dipakai buat pertama kali pada perlawanan malam esok.

Dengan penggunaan logo itu, Kelantan mencipta sejarah selaku pasukan pertama di Malaysia menggunakan logo rasmi pasukan di jersi yang akan dipakai pemain.

Dalam perkembangan sama, sumber itu turut menyatakan salah sebuah syarikat korporat yang pernah menaja pasukan bakal kembali memberi penajaan kepada The Red Warriors.

Logo penaja tersebut akan diletakkan di bahagian depan seluar pemain pasukan Kelantan dan kemungkinan besar akan dipamerkan buat pertama kali pada pertemuan menentang PKNS.

sumber:redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular