Datuk K Jumpa Tok Guru.
Bekas ketua jurulatih The Red Warriors 2011, Datuk M. Karathu bertemu mata dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR-10, tengahari tadi.
Dalam pertemuan penuh ceria dan gembira tersebut, Karathu telah menyerahkan beberapa pingat peribadi yang dimenangi bersama Sang Kijang kepada Tuan Guru.
Tiga pingat tersebut ialah pingat juara Piala Sumbangsih, juara Liga Super dan naib johan Piala FA.
Menurut Tuan Guru pada majlis tersebut, tidak adil kepadanya untuk menerima pingat tersebut kerana tidak perlu bersusah payah seperti Karathu untuk mendapatkan pingat kejuaraan.
Datuk M. Karathu meminta kepada Tuan Guru untuk Muzium Kelantan menyimpan pingat tersebut sebagai kenang-kenangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan