KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 9 Januari 2012

Prebiu Perlawanan Liga Super 2012 : Singapura Lions XII mln Kelantan.

Kelantan bertandang ke Singapura untuk aksi pertama Liga Super melawan Lions XII di Stadium Jalan Besar, malam esok.


Masih terpalit dengan kekecewaan hasil kegagalan mempertahankan Piala Sumbangsih, Sang Kijang bagaimanapun dikhabarkan tetap mempunyai motivasi tinggi untuk memulakan pemburuan mereka mencari tiga mata di gelanggang lawan.

Tidak mudah sebenarnya buat barisan pemain The Red Warriors untuk bangkit dalam perlawanan ini namun diharapkan barisan pemain Peter James Butler melupakan seketika permasalahan luar padang untuk mencatatkan kejayaan di arena lawan.

Bagi Singapura Lions pula, setelah hampir 15 tahun meninggalkan kancah Liga Malaysia, pertemuan pertama dengan juara bertahan Liga Super nyata mahu dijadikan sebagai pembuka lembaran baru kepada mereka.

Apa tidaknya, keseriusan Singapura untuk mencatat kejayaan pertama menyebabkan pengendali mereka, V. Sundramoorty turut hadir menyaksikan pemain Kelantan ditundukkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Setakat ini, persiapan Singapura sudah berada di tahap terakhir dan mereka dijangka menggunakan kelebihan selaku tuan rumah, kehadiran pemain senior serta kebiasaan bermain diatas padang tiruan untuk menumpaskan Kelantan.


Berdasarkan rekod pertemuan lampau, Kelantan tewas dua perlawanan terakhir pada era 90an dimana mereka dibelasah Sang Singa 7-0 dalam Liga Semi Pro 1, 1991 dan tewas 0-1 dalam Liga Perdana pada tahun 1994.

Dalam perlawanan ini, peluang sebenarnya lebih berpihak k

Formasi dan Taktikal


Singapura Lions XII

V. Sundramoorthy tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan taktikal terbaik selepas dipilih selaku ketua jurulatih Lions XII. Perlawanan pra musim mereka juga tidak menunjukkan hasil positif biarpun menurunkan hampir keseluruhan pemain yang mempunyai pengalaman beraksi di peringkat senior kebangsaan. Bagaimanapun, dijangka beliau akan mencuba formasi 4-5-1 dimana hasil pemerhatian melalui beberapa perlawanan persahabatan yang diatur kelihatan Sundramoorthy selesa menguatkan barisan tengah dan mengharapkan penyerang naturalisasi mereka melakukan penyudah. Mereka juga mungkin menggunakan taktikal 4-4-2 bagi mengimbangi kekuatan pasukan pelawat selain mungkin meletakkan dua pemain serangan bagi mengelakkan pertahanan Kelantan merantai pergerakan penyerang mereka.

Kelantan

Selepas kekalahan kepada Negeri Sembilan, Peter Butler sedikit tertekan tetapi terus percaya formasi pasukan yang diketengahkan iaitu 4-3-3 tetap merupakan taktikal terbaik yang telah dicipta. Berdasarkan sumber pasukan yang diperoleh RedsfcNews, Butler dijangka cuba mengekalkan formasi tersebut ketika melawan Lions XII namun mungkin tidak tertumpu pada satu formasi dimana dia dijangka cuba melakukan perubahan dari masa ke semasa. Mungkin 4-3-3 menjadi 4-4-2 ataupun lain-lain taktikal yang dirasakan sesuai dengan keadaan perlawanan.

Kesebelasan Jangkaan


Singapura Lions mempunyai banyak kelebihan kerana bukan sahaja dibarisi pemain muda malahan mereka menerima khidmat sehingga lapan pemain utama dari skuad senior kebangsaan. Dengan kehadiran kesemua pemain ini, The Lions dijangka menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki mereka untuk mengalahkan Kelantan.

Di posisi penjaga gol, Izwan Mahbud tidak asing lagi kerana pemain ini menjadi tonggak penting kepada Singapura dalam perlawanan peringkat Dunia dan Asia. Dia dijangka diletakkan dalam kesebelasan utama manakala penjaga gol simpanan diberikan kepada Hyrulnizam Jumaat biarpun dilihat lebih berpengalaman dari Izwan.

Barisan benteng pula tiada masalah kepada Lions kerana kesemua pemain mereka cergas untuk perlawanan dengan Kelantan. Juma'at Jantan dan Shaiful Esah dijangka diberi peranan selaku pertahanan utama. Dua lagi tempat mungkin milik Safuwan Baharudin dan Baihakki Khaizan kerana kedua-dua pemain ini dilihat aset kepada Lions untuk mengelakkan dari dibocori penyerang Kelantan. V. Sundramoorthy juga dilihat selesa menggunakan empat gandingan ini di barisan terakhir dalam beberapa perlawanan pra musim menentang pasukan yang beraksi dalam liga negara kita. Biarpun mempunyai beberapa lagi pemain simpanan berkaliber seperti Irwan Shah, Madhu Mohana, Sevki Shaaban serta adik beradik Hamzah, Sundramoorthy mungkin hanya memilih pemain ini andai empat tonggak tersebut berdepan kecederaan semasa perlawanan.

Posisi tengah pula bakal diterajui ketua pasukan mereka Shahril Ishak. Pemain ini pernah beraksi di Liga Super Indonesia selama dua tahun namun pulang kembali ke Singapura untuk beraksi dengan Lions dalam saingan Liga Malaysia. Rakan gandingan Shahril dijangka diberikan kepada Hariss Harun, Shahdan Sulaiman dan Isa Halim. Yasir Hanapi turut mempunyai peluang diturunkan jika ketua jurulatih mereka cuba menerapkan formasi 4-5-1 seperti perlawanan kebiasaan. Tetapi jika dilihat pada prestasi kesemua pemain di posisi ini tiada yang mustahil kepada mereka untuk menggunakan formasi yang diterapkan kerana pengalaman akan menjadi faktor untuk sekurang-kurangnya melakukan jaringan keatas pasukan Kelantan.

Dibahagian serangan, pemain yang diberi taraf kerakyatan Singapura dari Nigeria, Agu Casmir dijangka menjadi penyerang tunggal buat pasukan Lions XII. Pemain ini pernah direkrut PDRM FA tetapi digugurkan selepas tiga perlawanan. Agu Casmir bagaimanapun menjadi bintang seketika apabila menjaringkan 9 gol dalam 21 perlawanan bersama Persija Jakarta pada musim lepas sebelum kembali menyertai Lions untuk Liga Super Malaysia. Selain Agu, penyerang yang pernah menyarung jersi Balik Papan, Khairul Amri juga mungkin membuat penampilan pertama dalam saingan liga malam esok. Pemain selebihnya seperti Gabriel Quak, Khairul Nizam serta Fazli Ayob mungkin hanya mampu menjadi pemerhati di bangku simpanan.

Kelantan


Kekalahan pertama mengundang kritikan kepada Butler supaya kembali menyenaraikan beberapa pemain utama musim lepas yang dilihat masih bergelut dengan prestasi. Tetapi ketua jurulatih Kelantan tersebut dijangka tidak melakukan perubahan mendadak biarpun Presiden sendiri sudah menyuarakan supaya dua tiga pemain yang direhatkan sebelum ini dapat diturunkan dalam perlawanan dengan Singapura Lions. Walau bagaimanapun, Butler perlu menurunkan skuad berpengalaman yang mampu bermain dengan baik diatas padang tiruan bukan semata-mata mengharapkan pemain yang ada nama untuk beraksi.

Bagi posisi penjaga gol, kelibat Khairul Fahmi sememangnya menjadi kegerunan pasukan lawan biarpun prestasi semasa pemain muda ini dilihat sedikit menurun apabila beraksi bersama pasukan negeri. Dia dijangka terus dikekalkan selaku penjaga gol utama pasukan manakala bagi pemain simpanan, Butler lebih selesa menyenaraikan pemain muda, Syazwan Yusoff.

Di posisi pertahanan, kecederaan yang dialami Azizi mungkin menyebabkan beberapa perubahan terpaksa dilakukan dengan segera oleh ketua jurulatih. Biarpun dikhabarkan Azizi tidak mengalami kecederaan serius tetapi mungkin dia tidak bermula di posisi permulaan. Justeru itu, tiada pilihan lain untuk mengandingkan S. Subramaniam dengan Farisham di posisi pertahanan tengah manakala Aziz turut mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama. Daudsu kembali ke dalam pasukan setelah selesai menjalani pengantungan manakala Zamri menanti di bangku simpanan. Nik Shahrul Azim mungkin direhatkan selepas dikritik hebat hasil kekalahan perebutan piala beberapa hari lalu.

Jentera tengah, kemungkinan beberapa pemain yang tidak diturunkan dalam kesebelasan pertama pada perlawanan lepas bakal kembali tersenarai. Antara nama-nama yang disebut seperti S Chanturu dijangka diturunkan di posisi sayap kanan bagi mengantikan Norfarhan yang beraksi dibawah keupayaan sebenar sebelum ini. Shakir terus dikekalkan dan kembali digandingkan dengan Badri Radzi di bahagian "Midfield center". Indra Putra juga turut dikekalkan Butler kerana pemain ini bukan sekadar boleh melakukan hantaran lintang malah mempunyai deria tajam untuk melakukan percubaan dari jarak jauh. Nurul Azwan mungkin tersenarai dalam senarai lapan belas pemain bersama Norfarhan serta Khairul Izuan Rosli.

Penyerang pula, Mohamed Ghaddar diberikan tugasan utama untuk merobek gawang Singapura manakala Norshahrul Idlan Talaha mungkin menjadi "backup" kepada Ghaddar. Kedua-dua pemain ini sudah mempunyai pengalaman beraksi atas padang tiruan dan mereka mungkin mampu memberikan sesuatu kepada Butler ketika melawan Lions. Antwi dan Ramzul dibangku simpanan selaku pemain gantian andai perlu melakukan pertukaran kepada pemain diatas.

Formasi Pasukan

Izwan Mahbud (Gk)
Juma'at Jantan--Shaiful Esah--Baihakki Khaizan--Safuwan Baharudin,
Shahdan Sulaiman--Haris Harun--Shahril Ishak (Kp)--Isa Halim
Agu Casmir--Khairul Amri

mln

Ghaddar--Norshahrul
Indra--Badri Radzi (Kp)--Shakir--Chanturu
Aziz--Subramaniam--Farisham--Daudsu
Khairul Fahmi (Gk)

Pemain Tumpuan




sumber:redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular