KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 8 Januari 2012

Butler Akur Kelibat Effa Halang Impian Red Warriors

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (kiri) dipaksa
bekerja keras menyelamatkan cubaan gol dari pemain import
Negeri Sembilan, malam tadi.



‘Barisan pertahanan kami terlalu kecil untuk mengawalnya’

PENGENDALI Kelantan, Peter Butler mengakui kelibat penyerang import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona menjadi antara faktor kekalahan pasukannya, 1-2 dalam aksi Piala Sultan Ahmad Shah, malam semalam.

Katanya, dia lihat kekuatan fizikal dimiliki pemain import dari Cameroon itu banyak mengucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan.

“Saya akui kelibat pemain itu membunuh pasukan Kelantan pada perlawanan ini. Nyata kelibat pemain nombor 10 (Effa) sukar dikawal.

“Barisan pertahanan kami terlalu kecil untuk mengawal pemain kuat seperti Effa,” katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.

Bagaimanapun, Butler menegaskan The Red Warriors memulakan permainan dengan baik dan berjaya mengawal rentak permainan.

“Kami bermain dan mengawal permainan dengan baik. Kami memiliki banyak peluang tapi kebanyakan peluang tidak dapat disempurnakan.

“Di sebalik kami mengawal permainan, dua kesilapan terus menghukum kami. Kesilapan itu terus membunuh peluang kami untuk menang malam ini (semalam),” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular