Preview Liga Super 2012 : Kelantan mln Johor FC.
Kelantan menanti kunjungan kelab dari Selatan, Johor FC dalam perlawanan ketiga saingan Liga Super 2012 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.
Selepas melalui minggu mengecewakan di gelanggang sendiri, dua pasukan diatas akan bertarung merebut tiga lagi mata yang diperuntukkan untuk mengejar pendahulu carta liga setakat ini.
Sang Kijang pasti mahu memadamkan seketika kritikan yang dilemparkan kepada mereka selepas gagal mengutip tiga mata penuh keatas PKNS manakala pada perlawanan sebelum ini, Johor FC menunjukkan persembahan mantap tetapi gagal mengekang Negeri Sembilan menyaksikan kekalahan pertama di gelanggang sendiri.
Sang Lebah sudah tentu mahu mengambil peluang mencatatkan pungutan mata penuh hasil kecelaruan pasukan tuan rumah disamping dendam K. Devan untuk melihat anak buah terbarunya menumpaskan The Red Warriors di tempat lawan.
Kelantan bagaimanapun semestinya tidak rela lagi keciciran mata sementelah beraksi di gelanggang sendiri dan didepan ribuan penyokong sendiri.
Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak tahun 2000, Sang Kijang mencatatkan lima kemenangan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV manakala satu kekalahan dicatatkan sewaktu aksi Kelantan dipindahkan ke Stadium Nasional Bukit Jalil selepas menerima hukuman FAM.
Pertemuan semasa turut berpihak kepada Kelantan sama ada saingan Liga Super serta Piala FA dimana mereka menundukkan Johor FC di Kota Bharu dan juga Pasir Gudang.
Namun percaturan taktikal bakal menjadi penentu sama ada musim baru akan berlaku kejutan ataupun masih kekal sama dengan Kelantan terus mengatasi Johor FC kerana kedua-dua pasukan mendapat sentuhan pengendali baru selain penambahan ramai pemain dari luar.
Segalanya dapat disaksikan di arena keramat Sang Kijang, esok.
Taktik dan Formasi
Peter James Butler pasti akan menukar kembali barisan pemain kepada sedia ada selepas menyaksikan beberapa pemain simpanan gagal memberi kesan positif menyebabkan kegagalan mengutip mata penuh keatas PKNS. Dari formasi 4-4-2, kemungkinan perubahan akan dilakukan beliau dengan memasukkan kembali dua tonggak yang direhatkan manakala barisan penyerang pula diberi tanggungjawab lebih berat bagi memastikan jaringan mampu dilakukan seawal mungkin. Jentera tengah turut diharapkan memberi lebih impak dengan gerakan yang mampu memecahkan benteng pelawat selain pemain di benteng diminta berwaspada dari serangan Johor FC.
K. Devan tentu sudah mengambil pengajaran selepas kekalahahan kepada Negeri Sembilan kerana mereka tekun mengikat pemain import menyebabkan pemain lawan lain bebas berkeliaran memburu jaringan. Oleh itu, pertembungan dengan Kelantan menentukan sama ada taktikal yang akan diatur nanti relevan kepada Johor FC untuk merampas mata. Formasi 3-5-2 yang diterapkan mungkin diubah kepada 4-4-2 kerana taktikal menyerang di gelanggang Kelantan memungkinkan benteng mereka menerima tekanan berat dari pasukan tuan rumah. Dua tiga pemain berpengalaman Sang Lebah dijangka memainkan peranan besar bagi memperkuatkan pasukan untuk mengukuhkan formasi cerapan Devan untuk pulang dengan sekurang-kurangnya keputusan positif.
Kesebelasan Jangkaan
Kelantan
Pada pertemuan terdahulu, Khairul Fahmi tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan ketika melawan Singapura Lions memaksa Butler menurunkan Syazwan Yusoff biarpun Shahrizan Ismail sebenarnya lebih berhak beraksi di tempat tersebut. Bagaimanapun, Khairul Fahmi dijangka kembali dalam kesebelasan utama selepas sembuh dari kecederaan manakala Shahrizan terus kekal diletakkan di bangku simpanan.
Jentera pertahanan, berita gembira buat kem Kijang selepas Azizi Mat Rose kembali tersenarai disamping S. Subramaniam. Azizi tidak diturunkan hasil kecederaan pada perlawanan Piala Sumbangsih dijangka akan memainkan lebih peranan bersama Subra yang dikritik hebat segelintir peminat selepas melakukan beberapa kesalahan membenarkan pihak lawan menjaringkan gol. Pada posisi pertahanan kiri dan kanan, Aziz dan Daudsu terus dikekalkan di tempat tersebut kerana buat masa ini, tiada pemain yang dapat bermain dengan baik dan mampu mengantikan mereka.
Posisi tengah pula menyaksikan Mohd Badri Radzi diberi tanggungjawab menggalas tugas selaku ketua pasukan. Norfarhan Mohamed dijangka bermula di kesebelasan utama selepas gagal menempatkan diri dalam dua perlawanan manakala Indra terus diyakini mampu memberikan lebih kepada pasukan bila diturunkan. Satu lagi tempat mungkin akan berlaku perubahan seandainya ketua jurulatih Kelantan mengambil kira prestasi semasa Shakir yang dilihat kurang konsisten. Mungkin berlaku pengantian disini dengan beberapa pemain seperti Azwan Roya ataupun Khairul Izuan mampu menyakinkan Butler bagi mengantikan Shakir. Jika tidak, pemain berjersi nombor lapan tersebut terus diletakkan di "defendsive midfield".
Norshahrul Idlan Talaha terus dikekalkan selaku pemain penyerang dan rakan gandingan penyerang kebangsaan tersebut mungkin menjadi milik Mohamed Ghaddar selepas pemain import Lubnan ini dapat merubah tempo serangan Sang Kijang dalam dua perlawanan lepas. Penyerang gantian mungkin diberikan kepada Danny Antwi manakala Ramzul tidak tersenarai.
Johor FC
Prestasi tidak menentu penjaga gol menjadi masalah besar buat K. Devan. Bagaimanapun, posisi ini dijangka Anis Faron diletakkan selaku pemain terakhir di kubu Johor FC biarpun masih tidak mempamerkan prestasi memberangsangkan pada perlawanan lepas. Zamir Selamat masih belum diyakini untuk diletakkan di posisi pertama biarpun berstatus bekas penjaga gol muda skuad muda kebangsaan.
Barisan tengah mereka tidak kurang hebatnya. Biarpun mempertaruhkan "orang lama", kudrat mereka ternyata masih menjadi penyumbang besar buat Sang lebah. Eddy Helmi diletakkan di bahagian "center" manakala Mohd Khairul Ismail dijangka dikekalkan status selaku ketua pasukan. Dua lagi tempat kemungkinan pemain yang baru direkrut dari Kedah dan Felda, Azi Shahril serta Ahmad Fauzi Shaari. Namun, Devan tidak pening kepala memilih pemain di posisi ini selepas menerima ramai pemain utama dari luar yang berkemampuan untuk mengisi tempat. Pemain seperti Jas Azrin, Shazwan Zainon dan Ridwan Maon kekal bersiap sedia untuk diturunkan.
Pemain serangan dijangka tiada perubahan dari K. Devan dengan Zambri Chin dan Shahrizal Saad mungkin menjadi pemain yang akan bertindak memecahkan benteng pasukan Kelantan. Johor FC turut memiliki penyerang berkaliber lain seperti Farid Ideris serta Haris Safwan di posisi ini.
Kesebelasan/Posisi Pemain
Khairul Fahmi
Daudsu--Azizi--Subra--Aziz
Norfarhan--Badri (Kp)--Shakir--Indra
Ghaddar--Norshahrul
Zambri--Shahrizal
Khairi (Kp)--Eddy--Azi Shahril--Fauzi
Izuan--Khaironisam--Khairi--Shafizan
Anis Faron
Pemain Tumpuan Perlawanan
sumber:Redsfc News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan