KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 13 Januari 2012

Jadual Padat, TRW Rehat Beberapa Tonggak.


Jadual padat yang menanti Kelantan dalam saingan Liga Super Malaysia memaksa pihak pengurusan mengambil tindakan merehatkan beberapa pemain utama dalam perlawanan selepas ini.


Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebook, pasukan The Red Warriors bakal menghadapi tiga perlawanan dalam masa sembilan hari.

Oleh kerana semua perlawanan sangat penting, pihak pengurusan terpaksa mengambil inisiatif memberi rehat kepada pemain utama supaya dapat memberikan persembahan lebih berkualiti bila diturunkan.

Justeru itu, kita akan "rotate" atau menggilirkan pemain yang berada dalam skuad Kelantan, jelasnya.

Dengan perkembangan terbaru tersebut, beberapa pemain yang tidak tersenarai sebelum ini seperti S. Chanturu, Rizal Fahmi Rosid, Khairul Izuan Rosli serta Ramzul Zahini Adenan kemungkinan besar akan membuat debut pertama pada musim 2012.

Sementara itu, mengulas tentang kecederaan Azizi Mat Rose, beliau yakin pemain ini akan kembali menjalani latihan tidak lama lagi kerana tahap kecederaan yang dialami pada Piala Sumbangsih tidak begitu membimbangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular