KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 3 Januari 2012

Piala Sumbangsih 2012 Main Di Bukit Jalil.


Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2012, Piala Sumbangsih diantara pasukan Kelantan melawan Negeri Sembilan diubah ke Stadium Nasional Bukit Jalil.



Menurut Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) merangkap pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, perlawanan terpaksa diubah ke venue lain kerana keadaan cuaca di Kota Bharu tidak mengizinkan.

Hasil rujukan dengan Jabatan Kaji Cuaca, mereka meramalkan hujan turun dengan lebat di negeri Kelantan sehingga Sabtu depan memaksa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan segera memindahkan perlawanan ke Bukit Jalil.

FAM tidak mahu perlawanan dihentikan atau terpaksa ditunda seperti mana perlawanan pra musim Kelantan menentang Terengganu yang terpaksa dibatalkan kerana masalah takungan air diatas padang, baru-baru ini.


Justeru itu, hasil perbincangan jawatankuasa pertandingan dan wakil kedua-dua negeri memutuskan untuk memindahkan perlawanan ke Lembah Klang dengan segera bagi mengelakkan pengumuman saat akhir yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak, jelasnya.

Tarikh, harga tiket dan masa perlawanan dikekalkan dan FAM akan mengeluarkan pengumuman rasmi tentang perubahan tempat perlawanan pada hari esok (Selasa).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular