Piala Sumbangsih: Butler temui ramuan hadapi NS
KOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Peter Bulter mengakui sudah mempunyai perancangan terbaik buat pasukannya menghadapi saingan Liga Malaysia yang akan bermula pada 7 Januari ini.
Tanpa berselindung, jurulatih kelahiran Halifax, England itu berkata, tempoh seminggu sebelum pertemuan Piala Sumbangsih dengan Negeri Sembilan akan digunakan sebaik mungkin untuk memperkemaskan lagi jentera pasukan bagi memastikan kejuaraan tersebut terus kekal bersama The Red Warriors (TRW).
Menurutnya, selepas mengharungi jadual perlawanan persahabatan yang padat, semua pemain TRW diberi cuti selama dua hari sebelum menyambung semula sesi latihan, Selasa ini.
"Saya mahu pemain menggunakan waktu rehat ini sebaik mungkin untuk mengembalikan semula kecergasan mereka sebelum pertemuan tersebut. Bertemu dengan Negeri Sembilan dalam aksi Sumbangsih ini, saya akui sudah menemui ramuan terbaik bagi menghadapi perlawanan tersebut.
"Begitu juga dengan pertemuan menentang wakil Singapura iaitu Lions XII. Saya berkesempatan melihat aksi pasukan itu baru-baru ini dan sedikit sebanyak mengetahui kelemahan dan kekuatan yang ada pada Lions XII," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas aksi persahabatan pra musim terakhir bertemu juara Piala FA 2011, Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.
Bagaimanapun perlawanan tersebut terpaksa dihentikan pada minit ke-35 akibat hujan lebat yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan.
Dalam pada itu, Bulter memberitahu dia gembira dengan apa yang telah dipamerkan oleh pemainnya sepanjang aksi persahabatan pra musim baru-baru ini.
"
Saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan semua pemain. Mereka memberi komitmen yang tinggi sepanjang perlawanan pra musim," ujarnya.
Saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan semua pemain. Mereka memberi komitmen yang tinggi sepanjang perlawanan pra musim," ujarnya.
Sentuhan dan kepakaran yang dimiliki oleh bekas pemain West Ham United itu pasti ditagih oleh peminat setia TRW untuk meneruskan legasi kejayaan yang ditinggalkan oleh Datuk M. Karathu dan B. Sathianathan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan