Cuti Panjang Perlu Dimanfaatkan.
Disebalik kemenangan tiga jaringan tanpa balas keatas Kedah di tempat lawan, prestasi beberapa pemain Kelantan terutamanya kawasan pertahanan masih lagi boleh dipertikaikan.
Apa tidaknya, terdapat banyak kelemahan ketara dapat dilihat apabila sedang mendahului pasukan lawan.
Biarpun tidak melepaskan gol kepada Sang Kenari, ternyata masih ada suatu kekurangan yang perlu diperbaiki pihak pengendali pasukan andai mahu kejayaan sentiasa muncul pada setiap perlawanan.
Antara kelemahan yang paling banyak dikesan ialah kekurangan mental pemain saat menerima serangan daripada pihak lawan serta mudah hilang bola.
Selain itu, para pemain turut mudah hilang fokus sekiranya menerima serangan pantas melalui sebelah tepi menyebabkan benteng pasukan sentiasa cemas dengan asakan.
Tempoh cuti rehat seminggu wajar digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki dengan segera segala kelemahan yang ada kerana selepas ini, perlawanan besar bakal menanti mereka.
Pihak pengurusan juga seharusnya memberikan motivasi berterusan untuk mengekalkan mental pemain pada tahap maksima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan